Skip to main content

Hiburan

Gelagat Syed Saddiq Tarik Kotak Ketika Hos Nak Bantu Bella Astillah Undang Perhatian, Netizen Usik – “Tu Namanya Cemburu YB”

Gelagat Syed Saddiq Tarik Kotak Ketika Hos Nak Bantu Bella Astillah Undang Perhatian, Netizen Usik – “Tu Namanya Cemburu YB”

Sekilas

  • Gelagat Syed Saddiq dan Bella Astillah semasa siaran langsung 11.11 Mega Stock Live Concert menjadi tular di media sosial.
  • Syed Saddiq dilihat menarik kotak ketika hos lelaki cuba membantu menutup kepala Bella, mencetuskan usikan netizen tentang sifat cemburu pasangan itu.
  • Netizen berseloroh bahawa Syed Saddiq mahu menjadi satu-satunya yang melayani Bella seperti seorang ratu, walaupun ia hanya gurauan berdasarkan rakaman tersebut.
Advertisement

Gelagat pasangan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah ketika melakukan siaran langsung 11.11 Mega Stock Live Concert mencuri perhatian netizen.

Menerusi rakaman yang tular, tindakan Syed Saddiq menarik kotak ketika seorang pengacara lelaki mahu membantu menutup kepala Bella mengundang usikan pengguna media sosial.

Advertisement

Ada yang berseloroh menyifatkan gelagat tersebut sebagai tanda cemburu, selain mendakwa pasangan itu sama-sama mempunyai sifat berkenaan.

“Maaflah, YB Syed Saddiq. Di sini dah nampak siapa yang kuat cemburu juga. Macam sama-sama sahaja kuat cemburu itu.

“Sebab nampak jelas YB main tarik-tarik kotak dengan hos lelaki masa hos itu nak tolong tutup kepala Bella,” komen seorang pengguna.

Advertisement

Seorang lagi netizen turut mengusik tindakan Syed Saddiq yang kelihatan bersungguh-sungguh menarik kotak tersebut.

“Hehe, betullah. Kenapa bersungguh YB tarik kotak itu? Padahal boleh sahaja pegang sama-sama sebab lelaki itu yang mulakan tutup dulu. Itu namanya cemburulah, YB,” tulisnya.

Malah, ada yang berseloroh bahawa Syed Saddiq mahu menjadi satu-satunya individu yang melayani Bella seperti seorang ratu.

"Menggigil tangan, weh, tarik kertas itu dengan muka tak boleh sorok perasaan. Hahaha! Yalah, YB nak YB seorang sahaja boleh meratukan Bella,” komen pengguna lain.

Bagaimanapun, tanggapan mengenai sifat cemburu itu merupakan usikan netizen berdasarkan gelagat pasangan tersebut dalam rakaman berkenaan.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Must Watch Video

Advertisement