Skip to main content

Hiburan

“Gema Bumantara Bukan Tentang Saya, Tetapi Warisan Bangsa” - Siti Nurhaliza

“Gema Bumantara Bukan Tentang Saya, Tetapi Warisan Bangsa” - Siti Nurhaliza

Sekilas

  • Datuk Seri Siti Nurhaliza tekankan Konsert Tradisional Gema Bumantara bukan sekadar hiburan, tapi misi angkat muzik tradisional dan warisan budaya negara.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir konsert itu untuk hargai persembahan lagu etnik kreatif dan memenuhi jemputan Siti serta suaminya.
  • Konsert di TM Stadium Nasional Bukit Jalil tarik 63,000 penonton walaupun hujan, dengan penampilan duet Siti dan Noraniza Idris selepas lebih 20 tahun.
Advertisement

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menegaskan penganjuran Konsert Tradisional Gema Bumantara bukan sekadar sebuah persembahan hiburan, sebaliknya membawa misi untuk mengangkat muzik tradisional serta memperkasakan warisan budaya negara.

Menurut Siti, muzik dan budaya merupakan sebahagian daripada jati diri bangsa yang perlu terus dipelihara agar kekal dikenali dan dihargai oleh generasi akan datang.

Advertisement

“Muzik dan budaya adalah jati diri bangsa. Saya bukan buat konsert suka-suka. Gema Bumantara bukan tentang Siti Nurhaliza tetapi tentang warisan bangsa,” tulisnya menerusi Instagram Stories.

Pelantun lagu Kesuma itu berkata demikian sebagai respons terhadap penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kehadirannya ke Konsert Tradisional Gema Bumantara baru-baru ini di Parlimen.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui kagum dengan penganjuran Konsert Tradisional Gema Bumantara yang menampilkan usaha mengangkat serta memperkasakan kepelbagaian budaya di negara ini.

Advertisement

Anwar berkata, kehadirannya pada konsert yang berlangsung pada malam minggu lalu itu bertujuan menghargai persembahan lagu etnik kreatif yang dipersembahkan, selain memenuhi jemputan Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Konsert Tradisional Gema Bumantara anjuran SN Legacy yang berlangsung di TM Stadium Nasional Bukit Jalil berjaya menarik kehadiran 63,000 penonton walaupun berlangsung dalam suasana hujan.

Ia turut menyaksikan Noraniza Idris kembali berduet dengan Siti Nurhaliza, selepas lebih dua dekad tidak berkongsi pentas menerusi lagu duet mereka.

Selain Anwar, turut hadir memberi sokongan ialah Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement