Skip to main content

Hiburan

Gembira Kes Dah Berakhir, Kismah Johar Minta Cuti Awal Demi Syed Saddiq - “Kalau Tidak, Saya Di Lokasi Gerak Khas”

Kismah Johar

Sekilas

  • Pelakon veteran Kismah sanggup ambil cuti awal dari penggambaran untuk beri sokongan moral kepada Syed Saddiq di mahkamah.
  • Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan membebaskan Syed Saddiq daripada semua pertuduhan berkaitan dana ARMADA Bersatu.
  • Kismah berharap segala urusan Syed Saddiq dan tunangnya, Bella Astillah, dipermudahkan sehingga mereka disatukan sebagai suami isteri.
Advertisement

Demi memberi sokongan terhadap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, pelakon veteran Kismah sanggup mengambil cuti awal dari penggambaran untuk hadir ke mahkamah pada Isnin. 

 

Advertisement

Kata pelakon berusia 74 tahun ini, dia tidak mahu melepaskan peluang untuk memberikan sokongan moral kepada Syed Saddiq pada hari penting tersebut.

 

“Mereka (rakan-rakan artis) ada penggambaran. Kebetulan hari ini saya cuti. Kalau tidak, saya pun berada di lokasi penggambaran Gerak Khas.

Advertisement

 

“Memang daripada awal saya dah maklumkan kepada pembantu pengarah sebab saya mahu datang memberi sokongan,” katanya kepada Gempak.

 

Krismah juga tidak dapat menyembunyikan rasa syukur dan sebak sebaik sahaja Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan membebaskan Syed Saddiq daripada semua pertuduhan yang dihadapinya.

 

Menurutnya, penantian yang berlarutan selama enam tahun itu akhirnya berakhir dengan berita yang amat menggembirakan buat semua pihak yang sentiasa mengikuti perkembangan kes berkenaan.

 

“Ya Allah, saya sangat terharu dan gembira sekali. Rasa segala kesabaran dan ketabahan sepanjang menunggu selama ini akhirnya terjawab. Sudah lama saya mengikuti perkembangan dia menerusi telefon dan laporan media. 

 

“Saya memang yakin kebenaran akan memihak kepada dia. Dia sendiri sentiasa yakin dan berserah kepada Allah. Alhamdulillah, inilah keputusannya,” katanya.

 

Dalam pada itu, Kismah turut berharap segala urusan Syed Saddiq bersama tunangnya, penyanyi dan pelakon Bella Astillah, akan dipermudahkan sehingga mereka disatukan sebagai suami isteri.

 

“Harap semuanya dipermudahkan. Semoga mereka terus bersatu,” ujarnya.

 

Pada pagi Isnin, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Syed Saddiq daripada semua pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Bersatu.

 

Keputusan itu sekali gus menyaksikan bekas Menteri Belia dan Sukan berusia 34 tahun itu dilepas dan dibebaskan sepenuhnya daripada sabitan serta hukuman tujuh tahun penjara, dua sebatan dan denda RM10 juta selepas rayuan akhir pihak pendakwaan ditolak.

Anda mungkin berminat dengan

ELGINI E16427 Baju Lengan Panjang Wanita Gaya Athleisure S-XXL | Women's Athleisure Long Sleeve Shirt

ELGINI E16427 Baju Lengan Panjang Wanita Gaya Athleisure S-XXL | Women's Athleisure Long Sleeve Shirt

SSFH Pure Cotton Printed Peplum Style Short Kurti

SSFH Pure Cotton Printed Peplum Style Short Kurti

LEFONSE.MY The Best Soft Tubular 100% Cotton T-Shirt RC01 Unisex 160gsm Round Neck Plain Tee Baju Kosong RC01 Group D

LEFONSE.MY The Best Soft Tubular 100% Cotton T-Shirt RC01 Unisex 160gsm Round Neck Plain Tee Baju Kosong RC01 Group D

Plus Size 40-100kg Wide leg plaid long pants women casual pants new Korean style Seluar Panjang Perempuan

Plus Size 40-100kg Wide leg plaid long pants women casual pants new Korean style Seluar Panjang Perempuan

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

Must Watch Video

Advertisement