Skip to main content

Hiburan

Gempak Wrapped 2025: Jodoh Tak Panjang! Along Cham, Nubhan, Diana Danielle Antara Perpisahan Penuh Drama

Gempak Wrapped

Sekilas

  • Beberapa pasangan selebriti Malaysia seperti Farid Kamil & Diana Danielle, Mas Idayu & Sufian, serta Rebecca Nur Al-Islam & Datuk Nor Azam mengumumkan perpisahan mereka pada tahun 2025.
  • Proses perceraian mereka kebanyakannya diselesaikan secara baik di mahkamah syariah tanpa persengketaan terbuka.
  • Selain itu, pelawak Along Cham, penyanyi Amylea Azizan, dan Nubhan turut mengesahkan perpisahan rasmi dengan pasangan masing-masing sepanjang tahun ini.

Perpisahan selebriti sering mendapat perhatian media dan netizen disebabkan kehidupan mereka yang sering terdedah kepada awam.

Walaupun mereka dilihat bahagia di luar, realiti kehidupan peribadi mereka mungkin berbeza. Perceraian dan perpisahan selebriti ini membuktikan mereka juga seperti pasangan biasa yang juga menghadapi cabaran dalam perhubungan.

Kami kongsikan antara pasangan yang memilih untuk berpisah pada tahun 2025. 


Farid Kamil & Diana Danielle

Kemelut rumah tangga pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle sekali lagi berakhir dengan perceraian pada Isnin.

Proses perceraian mereka dapat diselesaikan secara baik tanpa ada persengkataan lagi.

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 43, telah melafazkan talak terhadap Diana Danielle di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.  

 

Mas Idayu & Sufian 

Seterusnya, Penerbit Eksekutif syarikat penyiaran, Muhamad Sufian Che Isa, dan penyanyi dangdut, Mas Idayu dilaporkan bercerai di mahkamah syariah shah alam pada 4 mac lalu. Berita itu disahkan oleh Sufian. 

Ikatan perkahwinan hampir tiga tahun dibina itu terlerai sebagai tiada jodoh lagi antara mereka.



Rebecca Nur Al-Islam & Datuk Nor Azam

Selepas 18 tahun bersama pelakon, Datin Rebecca Nur Al-Islam membuat pendedahan telah berpisah dengan suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman sekitar Mei lalu. 

Berita itu mula jadi perhatian apabila Rebecca memuat naik kapsyen ‘Ibu tunggal tujuh anak’ di bio Instagramnya. 

Bagaimanapun, Rebecca enggan berkongsi punca sebenar perceraian mereka dan reda dengan takdir Allah. 



Along Cham & Afreena Suhaimi

Pelawak dan pelakon, Along Cham sah bercerai talak satu dengan isteri, Afreena Suhaimi di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 30 September. 

Keputusan itu dibuat selepas Hakim, Muhamad Nazri Basrawi mengesahkan telah berlaku lafaz talak dalam perkahwinan pasangan itu pada Jun 2024. 
 

Muhammad Nazri kemudian mengarahkan Afreena menjalani tempoh idah selama tiga kali suci, selain berpesan kepada kedua-dua pihak agar mengambil iktibar daripada apa yang berlaku. 

 

Amylea Azizan & Mohammad Aqbar Mohamad

Penyanyi, Amylea Azizan mengesahkan bahawa dia kini bukan lagi isteri kepada Mohammad Aqbar Mohamad.

Amylea memaklumkan berita mengejutkan itu menerusi satu kenyataan di Instagram pada 13 Oktober 2025. 

Menurut Amylea, tempoh idahnya telah pun tamat, menandakan perpisahan mereka berlaku secara rasmi sebelum ini.



Nubhan & Dr. Fie 

Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan  penyanyi, Nubhan telah bercerai dengan isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek buat kali kedua. 

Peguam yang mewakili Nubhan iaitu Mohd Ridzuan Ramli berkata lafaz cerai pertama dilakukan pada 19 januari 2017 dan rujuk pula pada 21 Januari 2017 manakala lafaz cerai kedua berlaku pada 26 ogos lalu.

Must-Watch Video

Advertisement