Skip to main content

Hiburan

Gempak Wrapped 2025: Sheqal , Dharma Harun, Lotter, Nico Antara Bintang Yang Pergi Tak Kembali

Gempak Wrapped

Sedar tak sedar tahun 2025 bakal melabuhkan tirainya. 

Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, 2025 juga meninggalkan pelbagai kenangan 
tidak terkecuali dengan pemergian beberapa figura seni yang pernah mengukir senyuman, menghibur, dan menyentuh hati rakyat Malaysia. 

Bahkan tahun ini juga kita mendengar perkhabaran selebriti kehilangan insan-insan tersayang dalam hidup mereka. 

Sebelum kita melangkah ke tahun baharu 2025, marilah kita imbas kembali perjalanan terakhir anak-anak seni dan ahli keluarga selebriti  yang telah pergi sepanjang tahun 2025. 


19 Januari 2025: Anak kedua Nazmi Faiz meninggal dunia

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor memaklumkan anak perempuan keduanya, Maira Maliyqa telah menghembuskan nafas terakhir pada 19 Januari. 

Berita sedih itu dikongsi sendiri oleh Nazmi menerusi kenyataan yang dimuat naik di Insta Story miliknya.

Bagaimanapun Faiz tidak berkongsi lanjut punca kematian anaknya itu. 


26 Januari 2025: Jojo One Nation Emcees Meninggal Dunia, Rebah Di Masjid

Anggota kumpulan One Nation Emcees iaitu Jojo atau nama lengkapnya, Nur Hasan Balas dilaporkan meninggal dunia pada 26 Januari. 

Berita pemergian itu dikongsikan oleh sahabat Jojo iaitu Mohd Hafizul menerusi hantaran di laman Facebook. Allahyarham yang berusia 50 tahun itu meninggal dunia selepas selesai bacaan doa ta’alim di Masjid Sri Petaling.


7 Februari 2025: Roslan Saleh Meninggal Dunia

Pelakon Vateran, Roslan Saleh dilaporkan meninggal dunia pada 7 Februari 2025. 

Berita duka itu dimaklumkan anak Allahyarham, Farahanis Roslan menerusi muat naik di laman sosial Facebooknya. 

Allahyarham Roslan atau mesra disapa Pak Lan itu mengalami masalah kesihatan sejak 2018 apabila kehilangan daya penglihatannya kedua-dua belah matanya disebabkan masalah glaukoma.


11 Februari 2025: Anak Bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah Meninggal Dunia 

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha memaklumkan anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees meninggal dunia.

Berita sedih itu disampaikan Zaquan menerusi hantaran terbaharu di akaun Insta Story miliknya pada 11 Februari 2025 (Selasa)

Bagaimanapun, punca pemergian anak bongsunya itu tidak didedahkan oleh Zaquan.

 

28 Februari 2025: Isteri Ridzuan Ridzokumura Meninggal Dunia

Isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial Ridzuan Ridzokumura iaitu Akiko Okumura dilaporkan telah meninggal dunia pada 28 Februari. 

Berita duka itu dikongsi oleh Ridzuan atau Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, di Instagram (IG).
 

5 April 2025: Nico Meninggal Dunia Dalam Tidur

Penyanyi rap yang juga anggota kumpulan Nico G, Nico, 52, meninggal dunia dalam tidur di Kampung Baru,Kuala Lumpur, kira-kira jam 11 malam pada 5 April. 

Berita pemergian Allahyarham Nico atau nama sebenarnya, Abdul Fashah Abdul Aziz disahkan oleh bekas pengurusnya, Ayob Abd Majid.

Ayob berkata, dia mendapat panggilan kira-kira jam 11.15 malam memberitahu arwah sudah meninggal dunia.


17 Jun 2025: Sheqal Meninggal Dunia Dalam Tidur

Penyanyi, Sheqal dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada jam 12.31 tengah hari pada 17 Jun. 

Berita sedih itu dimaklumkan sendiri oleh isterinya, Normah Mohd Yusoff,58, ketika dihubungi Gempak. 

Dalam pada itu, Normah turut berkongsi jenazah suaminya akan dikebumikan di kampung halamannya di Raub, Pahang. 


26 Ogos 2025: Bapa Ziana Zain Meninggal Dunia

Bapa kepada penyanyi, Ziana Zain iaitu Zain@Zin Abdullah menghembuskan nafas terakhirnya jam 3.32 petang pada 26 Ogos. 

Menurut sumber terdekat, Allahyarham Zin, 87, meninggal dunia di kediamannya di Kayangan Heights, Shah Alam.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Elmina sebelum Maghrib.


19 Oktober 2025: Lotter Meninggal Dunia Pada Usia 43 Tahun

Penyanyi dan naib juara musim keempat program Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4), Lotter menghembuskan nafas terakhir pada usia 43 tahun.

Lotter atau nama sebenarnya Lotter P. Edwin Edin meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu kira-kira pukul 10.13 malam. 

Penyanyi yang berasal dari Membakut, Sabah itu dimasukkan ke hospital pagi semalam selepas mengalami sesak nafas.

25 November 2025: Amirul AF4 Meninggal Dunia, Isteri Kini Sedang Hamil 

Amirul Azwan Mohd Ghazali, bekas pelajar Akademi Fantasia musim keempat, dilaporkan meninggal dunia pada Isnin di Kuching, Sarawak.

Berita pemergian itu disahkan oleh pengacara Datuk Aznil Hj Nawawi dan rakan seperjuangan Allahyarham, Dr Syamsul Hirdy Muhid.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri yang sedang hamil trimester ketiga dan mereka berkahwin pada tahun 2023.


25 November 2025: Dharma Harun Meninggal Dunia Sendirian Di Rumah

Pelakon Dharma Harun Al Rashid dilaporkan meninggal dunia sendirian pada pukul 9.10 malam di kediamannya.

Anak lelakinya, Syafiq Dharma, berkongsi berita duka tersebut di Instagram dan memaklumkan jenazah akan diuruskan di Masjid Abu Ubaidah, Kuala Lumpur.

Arwah yang berusia 69 tahun terkenal dengan filem era 1980-an seperti Adik Manja dan Sikit Punya Gila, dan tinggal bersama anak-anaknya yang masih belajar di ASWARA.

Pemergian mereka bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga dan rakan terdekat, malah kepada peminat serta industri yang pernah mereka sumbangkan bakti. 

Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Al-Fatihah.

Must-Watch Video

Advertisement