Skip to main content

Berita Tempatan

#GempakWeeklyEdition: Fattah + Amira - Fazura = Netizen Kerja ‘Overtime’

fattah_amira_fazura

Sudah satu minggu berlalu namun bahangnya masih terasa sehingga kini. Bukan ‘kebakaran’ tapi parameter hangat pernikahan Fattah Amin dengan Amira Othman yang dirasai hingga kini.

Padahal merpati dua sejoli itu sudah pun meraikan kejayaan cinta mereka yang bersatu sah dengan sekali lafaz akad di Switzlend. Namun kisah kehidupan mereka masih menjadi pusat perhatian netizen.

Advertisement

Tentu sahaja ‘kebakaran’ berpunca daripada banyaknya informasi tepat dan tidak tepat yang dilihat, didengar apa lagi di baca di pelbagai platform media sosial.

Ia sudah bermula sejak pelakon yang bercerai dengan aktres Fazura pada tahun lalu akrab dengan Amira Othman. Keakraban mereka yang sudah dihidu lebih daripada persahabatan biasa itu bagaimanapun sering dinafikan keduanya.

Fattah dan Amira hanya ‘rakan sekerja’ — sehingga tanggal 14 September keduanya menghalalkan hubungan sebagai suami isteri.

Sejak beberapa hari sebelum pernikahan membawa kepada detik bersejarah dua hati disatukan sehingga kini, netizen telah membuat ‘overtime’ yang sudah ‘overdue’.

Semua benda digali keluar, semua hal dikritik dan diberi pendapat. Sehingga anak kecil tak berdosa hasil pernikahan Fattah dan Fazura sebelum ini, Fatima yang hadir dan ‘melekat’ bersama bapanya sepanjang majlis dengan Amira turut menjadi mangsa.

Sungguh, sebenarnya apa yang cuba dicari atau disampaikan oleh para netizen terhadap kehidupan peribadi Fattah - Amira - Fazura ini?

Kemarahan? Perasaan tidak puas hati? Terpaling tahu segala? Terpaling menyampah? Empati? Simpati? Takut ketinggalan dalam isu yang sedang meledak?

Sebenarnya apa yang memicu ramai netizen kerja overtime sehingga ada yang memakan diri sendiri.

Kerana setakat artikel ini ditulis, dapat dilihat Fazura meneruskan kehidupan seperti biasa.

Pasangan pengantin baharu, Fattah dan Amira juga menjalani fasa hidup berdua seperti biasa.

Kalau ada pun nanah dan luka, mereka sorok sebaik dan serapat mungkin kerana ketiga-tiganya tidak mahu terjebak menjadi netizen yang sibuk overtime tanpa membawa pulangan kepada diri masing-masing.

Must-Watch Video

Advertisement