Tiada manusia di dalam dunia yang berkahwin untuk berpisah - kecuali maut membawa satu pasangan pulang ke pangkuan Ilahi dan seorang lagi masih bernyawa.
Dan tidak ada juga pasangan yang saat berkahwin akan mempunyai ekspekstasi bahawa pada satu saat, cinta yang pernah diberi sepenuh hati akan perlahan-lahan terhakis.
Advertisement
Namun takdir terkadang berkata lain. Ada banyak pil pahit yang terpaksa ditelan pada saat kita fikir sedang bersenang-senang dalam ikatan perkahwinan.
Tiba-tiba cinta yang pernah penuh menjauh. Begitulah yang terjadi kepada dua selebriti terkenal ini ; pelakon Uqasha Senrose dan penyanyi Indonesia, Raisa.
Pernah terlihat bahagia yang dipamer dalam media sosial dan tanpa dapat ditebak harmoni atau tidak, hakikatnya Uqasha dan Raisa punya jalan cerita hampir serupa tentang rumah tangga mereka.
Rumah tangga yang diharapkan sampai syurga harus berhenti di persimpangan.
Meski pelakon Kamal Adli, suami Uqasha masih berharap agar rumah tangga yang dibina pada 4 November 2021 kekal, Uqasha berkeras untuk dilepaskan.
Sementara Raisa dan suami, Hamish Daud pula sudah sepakat meleraikan ikatan perkahwinan lapan tahun dengan perceraian tetapi bersetuju membesarkan anak perempuan mereka bersama.
Cinta mereka yang pernah penuh tiba-tiba menjauh. Entah apa punca, entah apa yang ditanggung selama menjadi belahan jiwa sehingga tiada lagi peluang kedua.
Yang ada hanya kehendak mereka untuk bahagia sendiri-sendiri.
Begitulah, saat cinta seorang wanita yang pernah penuh dan tiba tiba menjauh maka mahu mencuri seinci ruang di rongga mereka pun tiada. Semuanya telah mati.