Skip to main content

Indonesia

GempakWrapped2025: Indonesia Diselimut Duka Banjir Lumpur, Kecoh DPR, Terselit Kejayaan Filem Agak Laen

wrapped_Indonesia

Sekilas

  • Tahun 2025 di Indonesia penuh dengan peristiwa besar termasuk demonstrasi akibat kenaikan elaun wakil rakyat dan bencana banjir bandang di Sumatra.
  • Filem animasi Jumbo pecah rekod box office dengan 10.2 juta penonton, manakala Kris Dayanti menang kejuaraan dunia kungfu dan Baskara Putri raih pelbagai anugerah muzik.
  • Industri hiburan turut berduka dengan pemergian penyanyi legenda Emilia Contessa dan pelakon Gary Ishak, sementara Al Ghazali dan Alyssa Daguise berkahwin dan bakal menimang cahaya mata perempuan.

Tahun 2025 dilewati rakyat Indonesia dengan pelbagai gelora yang datang tanpa diduga. Bukan hanya daripada bidang seni, dunia politik republik itu turut menyaksikan peristiwa buruk dalam sejarah berlaku sehingga bencana yang menambah derita rakyat di penghujung tahun.

Berikut GempakWrapped2025 senaraikan beberapa momen penting yang terjadi sepanjang tahun 2025 dan semoga 2026 menjadi tahun yang lebih baik buat semua.

Label Rakyat Tolol, Rumah Sahroni Kena Jarah

Salah satu peristiwa paling dahsyat berlaku di tahun 2025 adalah kesan kemarahan rakyat terhadap kenaikan harga elaun rumah para wakil Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) yang membawa kepada demonstrasi jalanan yang parah. Salah seorang anggota DPR yang menerima ‘kebencian’ cukup besar dalam kalangan rakyat adalah politikus Ahmad Sahroni.

Sahroni menimbulkan kemarahan masyarakat kerana melabelkan rakyat tolol sehingga kediamannya di Tanjung Priok, Jakarta Utara dijarah. Selain dirosakkan, banyak barangan dicuri penunjuk perasaan. Dua bulan selepas kediamannya dijarah, Sahroni mengambil keputusan merobohkan rumahnya.

Filem Jumbo Cetak Sejarah, Agak Laen: Menyala Pantiku! Ikut Serta

Filem animasi karya studio lokal, Jumbo, mencatat sejarah dengan menduduki puncak box office sepanjang masa. Filem ini menarik sehingga 10.2 juta penonton sekali gus memecahkan rekod yang dipegang oleh filem aksi. Ikut menuai sukses adalah filem  Agak Laen: Menyala Pantiku! sukses yang turut mendapat sambutan luar biasa di Malaysia.

Kris Dayanti Menang Wusyu

Kris Dayanti sudah terkenal sebagai diva dunia hiburan. Namun rupanya beliau mampu menoreh prestasi dalam bidang sukan apabila meraih kemenangan di pertandingan 10th World Kungfu Championships pada Oktober lalu. Prestasi Kris Dayanti menjadi kebanggaan kerana mengharumkan nama Indonesia dalam persada sukan dunia.

Rekod Baskara Putra di AMI Awards 2025

Baskara Putra mencuri perhatian di AMI Awards 2025 apabila  menyapu bersih lima penghargaan termasuk Album Terbaik Terbaik dan Album Alternatif Terbaik lewat album Doves, ’25 On Blank Canvas (Hindia). 

Dia juga dinobatkan sebagai Artis Solo Alternatif Terbaik dan Video Muzik Terbaik melalui lagu “Everything u are”.  Selain itu, album Membangun & Menghancurkan dari projek band .Feast diiktiraf Album Rock Terbaik.

Baskara juga diiktiraf Spotify Wripped Live Indonesia dengan anugerah Top Local Male Artist of 2025 dan Top Local Artist of 2025.

Banjir Bandang dan Longsor Sumatra

Banjir bandang dan tanah longsor melanda tiga wilayah di Pulau Sumatra pada 27 November 2025.  Bencana itu membuat rakyat di Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat tinggal sehelai sepinggang dalam keadaan menyayat hati. 

Ribuan rakyat menjadi korban dalam bencana yang enggan menerima bantuan luar daripada pemerintah Indonesia. Sehingga kini rakyat yang ditimpa bencana masih hidup dalam kesusahan.

Penyanyi legenda Emilia Contessa & Pelakon Gary Ishak Meninggal Dunia

Dunia hiburan Indonesia turut menyaksikan banyak kehilangan bintang mereka yang berpulang ke negeri abadi. Mereka antaranya penyanyi legenda Indonesia, Emilia Contessa yang meninggal dunia pada usia 67, Januari lalu. 

Penyanyi yang menerima gelaran Sang Singa Panggung Asia dan ahli politik itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Blambangan, Banyuwangi, Jawa Timur akibat kegagalan jantung. 

Selain itu, pemergian pelakon Gary Ishak dalam kemalangan jalan raya kerana cedera parah pada November lalu turut membuat pelaku seni Indonesia berduka.

Al Ghazali, Alyssa Nikah, Bakal Dapat Bayi Perempuan

Pasangan sama cantik sama padan, Al Ghazali dan Alyssa Daguise selamat menjadi suami isteri pada Jun 2025. Pernikahan anak Ahmad Dhani dengan Maia Estianty itu bersama kekasihnya menjadi tumpuan bukan hanya kerana populariti mereka tetapi keluarga mereka. Alyssa menerima logam mulia seberat 16.6 gram dan sekitar RM9,900 sebagai isteri Al Ghazali. 

Kini pasangan tersebut baru mengumumkan akan menimang cahaya mata perempuan.

Must-Watch Video

Advertisement