Skip to main content

Hiburan

Genap 20 Tahun Melayari Bahtera Rumah Tangga, Siti Nurhaliza Mohon Keberkatan Hingga Jannah

Menerusi hantaran di Threads, Siti berkongsi tarikh keramat tersebut sambil menitipkan doa agar perjalanan rumah tangga mereka terus mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Sekilas

  • Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa, meraikan ulang tahun perkahwinan ke-20 pada 21 Ogos 2026.
  • Siti berkongsi rasa syukur dan doa agar rumah tangga mereka terus diberkati Allah SWT melalui hantaran di Threads.
  • Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata dan menerima ucapan tahniah serta doa daripada netizen di ruangan komen.
Advertisement

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur apabila genap 20 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa.

Menerusi hantaran di Threads, Siti berkongsi tarikh keramat tersebut sambil menitipkan doa agar perjalanan rumah tangga mereka terus mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Advertisement

“21 August 2006 - 21 August 2026.

“Alhamdulillah, 20 tahun yang penuh cabaran. Semoga Allah SWT berkati sampai Jannah..🤲,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang menzahirkan ucapan tahniah serta menitipkan doa buat pasangan itu sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Sekadar info, pada 21 Ogos 2006, Siti Nurhaliza selamat mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih mesra disapa Datuk K dalam sebuah majlis yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Hasil perkongsian hidup selama dua dekad, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement