Skip to main content

Hiburan

Genap 34 Tahun, Khairul Aming Imbas Hidup Sedekad Lalu – “Tak Sangka Dah Jauh Berubah…”

Genap 34 Tahun, Khairul Aming Imbas Hidup Sedekad Lalu – “Tak Sangka Dah Jauh Berubah…”

Sekilas

  • Usahawan dan pencipta kandungan Khairul Aming berkongsi rasa syukur sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-34 dengan memaparkan perubahan besar dalam hidupnya sepanjang 10 tahun lalu.
  • Khairul menghargai kesihatan, peluang berniaga untuk anak tempatan, dan sokongan orang sekeliling sebagai antara nikmat terbesar dalam hidupnya sekarang.
  • Beliau juga pernah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 24 kilogram dalam setahun melalui disiplin pemakanan dan senaman konsisten.
Advertisement

Usahawan dan pencipta kandungan Khairul Aming menitipkan rasa syukur sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-34 selepas melihat perubahan besar dalam kehidupan sepanjang sedekad lalu.

Menerusi Threads, Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman berkongsi dua foto yang memperlihatkan dirinya ketika berusia 24 tahun dan penampilan terkininya.

Advertisement

Menurutnya, ketika usia 24 tahun, dia pernah tertanya-tanya mengenai hala tuju hidupnya dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Sewaktu umur 24, pernah terdetik dalam hati kemanakah hala tuju hidup 10 tahun lagi.

“Pejam celik, tak sangka yang hidup sekarang dah jauh berubah dari dulu,” tulisnya.

Advertisement

Tambahnya, antara perkara paling disyukuri adalah kesihatan, peluang membina perniagaan yang memberi manfaat kepada anak tempatan serta sokongan orang ramai yang sentiasa berada di sekelilingnya.

“Alhamdulillah dikurniakan kesihatan tubuh badan, diberikan peluang berniaga untuk anak tempatan dan dikelilingi orang-orang baik macam anda semua.

“Selamat hari jadi yang ke-34 wahai Khairulaming,” katanya.

dfv


Sebelum ini, Khairul turut mencuri perhatian selepas berkongsi transformasi fizikal apabila berjaya menurunkan berat badan sebanyak 24 kilogram dalam tempoh setahun.

Perubahan tersebut dicapai menerusi disiplin menjaga pemakanan selain bersenam secara konsisten.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

ELGINI E16278 Bra Sukan Autentik S-XXL | Authentic Sports Bra

ELGINI E16278 Bra Sukan Autentik S-XXL | Authentic Sports Bra

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

Plus Size Seluar Pendek XS-13XL Seluar Pendek Bola Seluar Pendek Lelaki Cepat Kering Kain Microfibre

Plus Size Seluar Pendek XS-13XL Seluar Pendek Bola Seluar Pendek Lelaki Cepat Kering Kain Microfibre

2 in 1 Set Korean Design Pyjamas Women Long Sleeve Silk Sleepwear Pajamas Baju Tidur Perempuan Wanita Pakaian Malam

2 in 1 Set Korean Design Pyjamas Women Long Sleeve Silk Sleepwear Pajamas Baju Tidur Perempuan Wanita Pakaian Malam

Under Armour UA Hustle Mesh Backpack

Under Armour UA Hustle Mesh Backpack

Amazfit T-Rex 3 48mm Smart Watch with Outdoor Offline Maps and Navigation, Fitness Tracker Support 170+ Workout Modes

Amazfit T-Rex 3 48mm Smart Watch with Outdoor Offline Maps and Navigation, Fitness Tracker Support 170+ Workout Modes

Must Watch Video

Advertisement