Skip to main content

Hiburan

Genap Setahun Bersama, Diana Danielle Titip Ucapan Manis Buat Kekasih – “Happy Birthday My Sayang”

Genap Setahun Bersama, Diana Danielle Titip Ucapan Manis Buat Kekasih – “Happy Birthday My Sayang”

Sekilas

  • Diana Danielle berkongsi ucapan hari jadi manis buat kekasihnya, Bern, sambil mengumumkan hubungan mereka kini genap setahun.
  • Perkongsian Diana menarik perhatian kerana sebelum ini hubungan mereka pernah menjadi tanda tanya selepas Diana mengesahkan dirinya solo dalam satu temu bual.
  • Diana kini membintangi filem TERBANG yang diinspirasikan daripada legenda rali negara, Karamjit Singh, dan sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara.
Advertisement

Pelakon Diana Danielle menitipkan ucapan manis buat kekasihnya, Bern sempena ulang tahun kelahiran lelaki itu selain mendedahkan hubungan mereka kini genap setahun.

Menerusi perkongsian di media sosial, Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson, 35, turut memuat naik beberapa foto yang merakamkan momen dan perjalanan mereka sepanjang bersama.

Advertisement

“Happy birthday my sayang. I love you, and I love that everyone around me loves you just as much!

“Disebabkan ini akaun umum, saya biarkan gambar-gambar ini menunjukkan pengembaraan yang kita lalui bersama.

“Ini juga menandakan genap setahun kita bersama. Enjoy 39!” tulisnya.

Advertisement

 

 Perkongsian tersebut menarik perhatian apabila sebelum ini status hubungan pasangan berkenaan pernah menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat.

 

Terdahulu, Diana pernah memuat naik satu hantaran di Threads yang memberi bayangan hubungannya dengan Bern telah berakhir.

Menerusi temu bual bersama media selepas itu, aktres berkenaan turut mengesahkan dirinya kembali solo namun memilih untuk tidak memperincikan punca perpisahan.

Tidak lama kemudian, hubungan mereka kembali menjadi perhatian selepas Bern memuat naik foto bersama Diana sempena pelancaran filem TERBANG dan menggunakan panggilan ‘ayang’ dalam kapsyen.

Menerusi perkembangan lain, Diana turut membintangi filem TERBANG arahan Chiu Keng Guan yang diinspirasikan daripada perjalanan legenda rali negara, Karamjit Singh.

Filem yang turut dibintangi Irfan Zaini, Zizan Razak, Jack Tan, Nam Ron dan Shweta Sekhon itu kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Anda mungkin berminat dengan

OFVOGUE Suit Pants High Waist Elastic Waist Straight Leg Pants Women Casual Pants Seluar Slack Wanita Slimming Wide Leg

OFVOGUE Suit Pants High Waist Elastic Waist Straight Leg Pants Women Casual Pants Seluar Slack Wanita Slimming Wide Leg

Nike Swoosh Printed T-Shirt Dress Children's - Black

Nike Swoosh Printed T-Shirt Dress Children's - Black

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

[7.7 Exclusive Offer] REJURAN Dual Effect Ampoule in Mask Firming & Radiance 5 Sheets | Firming, Radiance, Plumping

[7.7 Exclusive Offer] REJURAN Dual Effect Ampoule in Mask Firming & Radiance 5 Sheets | Firming, Radiance, Plumping

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

ELGINI E16311 Seluar Kasual Wanita Kaki Lebar S-XXL | Women’s Wide-Leg Casual Pants

ELGINI E16311 Seluar Kasual Wanita Kaki Lebar S-XXL | Women’s Wide-Leg Casual Pants

Must Watch Video

Advertisement