Skip to main content

Drama

Generasi Perfect 10: Recap Episod 4 - Penuh Mainan Emosi, Penonton Sebak Lihat ‘Friendship’ Ezie & Amal - “Aku Jaga Mung…”

Generasi Perfect 10: Recap Episod 4 - Penuh Mainan Emosi

Tayangan episod keempat drama bersiri Astro Originals, Generasi: Perfect 10 tidak sekadar menghidangkan konflik remaja dan dunia sukan, malah berjaya menyentuh sisi paling halus dalam diri penonton.

Dalam episod ini, Ezie, watak utama yang semakin mencuri perhatian, diheret ke dalam dilema besar iaitu memilih antara persahabatan sejati atau tanggungjawab sebagai pemimpin masa depan pasukan.

Advertisement

Di malam gala yang sepatutnya menjadi kenangan manis buat semua pelatih gimnastik, Ezie berdepan dengan satu keputusan yang bakal menentukan bukan sahaja hala tujunya sebagai atlet, tetapi juga nilainya sebagai seorang sahabat.

Episod tersebut menyaksikan Ezie mengalami dilema apabila terpaksa memilih antara rakan-rakannya di malam gala atau pemilihan kapten pasukan baharu di mana Coach Sue bakal melantik Ezie, ataupun Victoria.

Selain itu, penonton juga turut tersentuh dengan ikatan persahabatan antara Amal dan Ezie.

Antara dialong yang menyentak hati penonton adalah:

“Benda yang dia buat dekat aku memang layak dipanggil dera, tak kiralah… Sorry Ezie saya susahkan awak,” kata Amal dalam tangisan.

Kata-kata itu disambut pula dengan jawapan ikhlas dari seorang sahabat yang tidak mengira nilai pingat atau gelaran, tetapi keberanian seorang manusia untuk bangkit.

“Tak susah pun, tak susah… Aku tak tahu macam mana kau boleh tahan selama ni tapi aku bangga dengan kau.

“Aku bangga sebab kau berani berjuang untuk diri sendiri. Tak payah nak minta maaf. Apa pun terjadi selepas ini, aku jaga mung,” ujar Ezie sebak.

Episod empat ini bukan lagi memperlihatkan hanya tentang gimnastik sebaliknya menjadi cerminan hidup tentang bagaimana kasih seorang sahabat boleh menjadi penawar trauma, dan keberanian seorang gadis menjadi inspirasi untuk ramai.

Antara komen penonton adalah:

 

Apakah yang akan berlaku di episod seterusnya? Sama- sama kita nantikan.
 

Generasi: Perfect 10 yang iuga merupakan arahan Sling Ng itu dibintangi oleh Arena Wan, Arabella Ellen, Sofia Jane, Ellyza Azizi, Daniel Fong, Sharifah Sakinah, Qi Razali dan Sherie Merlis. 

Siri ini mengisahkan watak utama Ezie, lakonan Arena Wan, yang sejak kecil meminati sukan gimnastik. 

Namun, perjalanan hidupnya berubah selepas kelab gimnastik sekolah ditutup sebelum dia nekad menyertai sebuah akademi sukan berprestij.

Saksikan Generasi: Perfect 10 secara eksklusif di Astro Ria, Astro Citra, Astro GO dan aplikasi sooka.

Must-Watch Video

Advertisement