Sekilas
- Nelliza Nizam dan Raden Zaharatul berjaya menamatkan pengajian sambil meneruskan kerjaya seni mereka.
- Nelliza meluahkan rasa syukur kepada keluarga, pensyarah, dan rakan industri atas sokongan sepanjang perjalanan akademiknya.
- Kedua-dua pelakon berkongsi momen kejayaan mereka di Instagram dan menerima ucapan tahniah daripada peminat.
Dua pelakon muda, Nelliza Nizam dan Raden Zaharatul membuktikan kenapa anak muda di luar sana bahawa meskipun sibuk dengan kerjaya seni, mereka juga mampu menamatkan pengajian dan menggenggam segulung ijazah.
Menerusi perkongsian di Instagram, Nellisa meluahkan rasa syukur dan penghargaan buat ahli keluarga dan semua pihak yang terlibat dalam memberikan sokongan untuknya sepanjang pengajian.
Ujar Nellisa, perjalanan untuknya menghabiskan pengajian dan dalam masa yang sama mengejar cita-cita sebagai seorang anak seni telah mengajarnya banyak perkara termasuklah untuk sentiasa bersabar dan tidak mudah patah semangat.
“Alhamdulillah atas pencapaian yang cukup bermakna ini. Perjalanan ini banyak mengajar saya, bukan sahaja dari segi akademik, tetapi juga tentang kesabaran, usaha dan kepercayaan terhadap diri sendiri.
“Setinggi-tinggi penghargaan buat ibu bapa saya atas kasih sayang, doa dan pengorbanan yang tidak pernah putus.
“Buat para pensyarah dan semua yang terlibat sepanjang perjalanan akademik saya, terima kasih atas segala tunjuk ajar, ilmu dan sokongan yang diberikan.
“Kepada semua dalam industri hiburan yang sentiasa menyokong, mempercayai dan memberi saya peluang selama ini, terima kasih kerana membolehkan saya terus berkembang dalam kerjaya yang saya minati sambil melanjutkan pelajaran.
“Terima kasih kepada semua yang menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. Semoga ini menjadi permulaan kepada lebih banyak kejayaan dan perjalanan indah selepas ini,” kongsinya.
Sementara itu, Raden turut berkongsi momen dirinya yang berjaya menggenggam segulung ijazah menerusi beberapa hantaran video serta ulang siar (repost) di Instagram Story.
Perkongsian Nellisa dan Raden itu kemudiannya dihujani dengan ucapan tahniah atas kejayaan yang mereka kecapi.
Sumber: Instagram