Skip to main content

Hollywood

George Clooney Tidak Mahu Anak Membesar Di Amerika

George Clooney Tidak Mahu Anak Membesar Di Amerika

Pesohor Hollywood, George Clooney memberitahu telah membuat keputusan bersama pasangannya, Amal Clooney untuk tidak membesarkan anak-anak mereka di Amerika Syarikat.

Pasangan yang kini menetap di Perancis mengatakan anak-anak mereka akan hidup lebih tenang dan aman di negara tersebut berbanding di AS.

Advertisement

Kenyataan itu diberikan Clooney menerusi temu bual bersama US Esquire.

“Kami tinggal di dalam ladang di Perancis. Sebagai seorang yang pernah membesar di ladang, saya pernah tidak menyukainya tapi sekarang, saya suka.

“Apa lagi ia sesuai buat anak-anak saya. Mereka tidak bergantung kepada iPads. Mereka makan malam dan bersihkan semu sendiri.

“Mereka memiliki hidup yang lebih baik di sini.

“Saya bimbang mahu membesarkan mereka di Los Angeles, dalam budaya Hollywood.

“Saya fikir mereka tidak akan dapat menikmati kehidupan yang baik,” katanya panjang lebar seperti dilaporkan The Guardian.

Clooney, 64, memiliki sepasang kembar yang kini berusia lapan tahun iaitu Ella dan Alexander.

Dalam temu bual sama, bintang Ocean’s Eleven itu juga mengatakan masyakarat di Perancis tidak peduli tentang popular.

“Di Perancis, tiada siapa yang peduli tentang populariti.

“Saya tidak mahu mereka ketakutan untuk keluar seperti orang biasa kerana dkejar paparazi.

“Saya juga tidak mahu mereka dijadikan perbandingan dengan anak-anak orang terkenal yang lain,” katanya lagi.

Must-Watch Video

Advertisement