Skip to main content

Selebriti

Geram Dituduh Baru Minat, Zeera Azizi Tunjuk Bukti Bilik Penuh Poster Ronaldo - “Eh Hello! Aku Ni Dah Lama Mengidolakan Dia”

Zeera CR7

Sekilas

  • Zeera Azizi menafikan dakwaan netizen yang menganggap minatnya terhadap Cristiano Ronaldo baru-baru ini, sebaliknya dia sudah mengidolakan pemain itu sejak 2008.
  • Pelakon itu berkongsi gambar biliknya yang penuh dengan poster Ronaldo sebagai bukti minat lama terhadap bintang bola sepak itu.
  • Zeera juga mendedahkan dia pengumpul majalah bola sepak seperti Wisel dan Kaki Bola, menunjukkan minatnya terhadap sukan itu sudah lama wujud.
Advertisement

Pelakon, Zeera Azizi tampil membalas dakwaan segelintir netizen yang menganggap dirinya baru meminati bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo, susulan perkongsian berkaitan pemain itu di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, Zeera meluahkan rasa geram selepas menerima beberapa mesej peribadi (DM) daripada individu yang mendakwa dia hanya mengikut trend atau ‘fomo’ dan baru meminati Ronaldo.

Advertisement

Bagaimanapun, Zeera menegaskan minatnya terhadap kapten Portugal itu telah bermula sejak tahun 2008 lagi dan bukannya baru tercetus ketika nama pemain tersebut kembali hangat diperkatakan.

Malah Zeera juga turut berkongsi foto yang merakamkan biliknya dipenuhi poster Ronaldo sebagai bukti.

“Ada lah beberapa makhluk ni duk DM cakap konon aku baru minat CR lah apalah.

“Eh hello! Aku ni dah mengidolakan dia dari 2008 lagi! Dan sebab dia lah aku jadi die hard Manutd sampai sekarang. Nah bukti! Siu!” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Zeera turut mendedahkan dirinya merupakan pengumpul majalah bola sepak seperti Wisel dan Kaki Bola, sekali gus membuktikan minatnya terhadap sukan tersebut sudah lama wujud.

“P/s: Saya pengumpul majalah wisel/kaki bola/dan lain lain juga,” coretnya.

Terdahulu, Ronaldo kembali mencuri perhatian peminat bola sepak dunia selepas membantu Portugal mencatat kemenangan dengan menghasilkan dua jaringan dalam saingan Piala Dunia 2026 ketika Portugal menetang Uzbekistan 5-0 dalam aksi Kumpulan K di Houston baru-baru ini.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement