Sekilas
- Amelia Henderson dinobatkan sebagai Hos Program Digital Tergempak 2025 pada malam kemuncak Gempak Most Wanted Award di Shah Alam.
- Beliau menewaskan sembilan hos lain dari pelbagai program digital popular termasuk podcast dan temubual.
- Kategori ini menilai hos dengan pengikut sekurang-kurangnya 100,000 di platform digital sepanjang tempoh sah.
Pencipta kandungan, pelakon dan pengacara Amelia Henderson dinobatkan sebagai pemenang anugerah Hos Program Digital Tergempak 2025 di malam kemuncak Gempak Most Wanted Award 2025 yang berlangsung di MBSA, Shah Alam pada Ahad.
"Terima kasih Gempak Most Wanted kerana disinilah saya banyak belajar tentang pengacaraan. Terima kasih kepada team Studio Sembang sebab beri kepercayaan kepada saya. Terima kasih juga kepada peminat saya yang mengundi," katanya.
Kemenangan itu sekaligus menewaskan sembilan calon hebat lain iaitu Caprice (The Caprice Podcast Show - A.R. Badul), Datuk Aznil Nawawi (Kita-Kita Aje!), Dina Nadzir (Borak Selebriti), Farhan Mazlan (Podcasterk), Kecik Khaliquekerr (Lawak Atau Koyak - Aedy Ashraf), Muhammad Noor (Podcast Merentan Apa Harini Season 2), Ubai MZ (Ubai Sentral - Shila Amzah), Yousaff (Youcast) dan Zarul Umbrella (Podcast Borak Dalam Galley - Ziana Zain).
Kategori ini berdasarkan hos di dalam video program digital yang sohor kini seperti siri audio siar (podcast), temubual/wawancara.
Selain itu mereka memiliki sekurang-kurangnya 100,000 pengikut merentasi semua platform digital di dalam tempoh sah.