Skip to main content

Selebriti

GMWA2025: “Kalau Menang, Saya Berhajat Untuk Ubah Suai Surau Berdekatan Rumah…” - Adam Bakery

Adam Bakery GMWA2025

Sekilas

  • Adam Bakery tercalon dalam kategori Digital Creator (Entertainment) Gempak Most Wanted Award 2025 dan berjaya masuk Top 10.
  • Adam bercadang untuk mengubah suai surau di kampungnya jika diberi rezeki menang.
  • Fasa undian GMWA2025 bermula 15 Januari hingga 15 Februari 2026 dengan format baru 50% undian peminat dan 50% juri profesional.

Personaliti media sosial, Adam Bakery tidak menyangka dirinya tercalon bagi kategori Digital Creator (Entertainment) Tergempak 2025 di anugerah Gempak Most Wanted Award 2025 (GMWA2025).

Menurut Adam yang juga merupakan adik kepada pempengaruh, Ryan Bakery ini, pencalonan itu benar-benar di luar jangkaannya, lebih-lebih lagi apabila berjaya tersenarai dalam Top 10, berbanding Top 20 sebelum ini.

“Saya rasa macam di luar kotak, tambah pula boleh tercalon sampai Top 10, sebab sebelum ini Top 20 sahaja.

“Tapi saingan pun bukan biasa biasa, semuanya handal, jadi saya pun tidak berharap lebih,” katanya kepada Gempak.

Walaupun tidak meletakkan harapan tinggi untuk merangkul kemenangan, Adam berhasrat sekiranya rezeki berpihak kepadanya, dia bercadang untuk menggunakan kemenangan tersebut sebagai platform untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.

“Kalau saya menang, saya berhajat untuk mengubah suai surau berdekatan dengan rumah saya di kampung.

“Itu manifesto saya, sebab surau dekat kampung saya itu baru sahaja dibina,” ujarnya.

Ditanya mengenai Wan Chaii yang juga tercalon dalam kategori sana, Adam menyifatkan sahabatnya itu layak menang.

“Kalau Wan Chaii ni saya sudah menyerah kalah, sebab saya rasa dia layak menang, sebab saya rasa setiap tahun dia tercalon. Kalau dia menang pun saya rasa lebih layak berbanding saya.

“Di umur saya sekarang, saya rasa macam belum cukup usaha lagi. Kalau kata dia menang, alhamdulillah, kalau saya menang pun alhamdulillah,” ujarnya.

Senarai Top 10 GMWA2025 diumumkan secara rasmi pada 14 Januari 2026 dan fasa undian akan dibuka kepada orang ramai bermula 15 Januari hingga 15 Februari 2026.

Lebih menarik, GMWA kali ini juga membawa format baharu iaitu 50 peratus undian peminat dan 50 peratus lagi undian daripada juri profesional.

Edisi kali ini juga tiada lagi dua fasa undian seperti edisi terdahulu sebaliknya calon-calon Top 10 akan terus bertanding sehingga ke Malam Kemuncak GMWA2025.

Sebanyak 50 kredit undian diberikan bagi setiap kategori sehari.

Jangan lupa layari www.gempakmostwantedawards.com untuk mengundi calon kegemaran anda.

 

Anda mungkin berminat dengan

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Must-Watch Video

Advertisement