Skip to main content

Hiburan

GMWA2025: Meerqeen Dijulang Juara Anugerah Gempak Most Wanted 2025 - “Ini Permulaan Tahun Yang Baik Buat Saya…”

Astro Gempak 145

Sekilas

  • Meerqeen dinobatkan sebagai penerima anugerah Gempak Most Wanted 2025 dan Selebriti Tergempak 2025 pada majlis Gempak Most Wanted Awards 2025 di Shah Alam.
  • Drama lakonan Meerqeen, Thariq Ridzuwan, turut memenangi kategori Drama Tergempak 2025.
  • Majlis anugerah tersebut dihoskan oleh Amelia Henderson dan Sean Lee serta disiarkan secara langsung di Astro Ria, Astro GO dan sooka.
Advertisement

Pelakon, Meerqeen melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai penerima anugerah Gempak Most Wanted 2025 di Gempak Most Wanted Awards 2025 (GMWA2025) yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

Dalam masa sama, Meerqeen turut menggondol anugerah Selebriti Tergempak 2025 pada majlis sama.

Advertisement

“Terima kasih kepada Astro. Ini adalah permulaan buat saya pada tahun 2026. Saya akan datang dengan karya yang baharu buat anda (peminat). Saya tahu saya tengah berisi sedikit sekarang tapi percayalah, ini sekejap saya. Saya tengah sediakan sesuatu buat kalian,” ucap Meerqeen. 

Bukan itu sahaja, drama lakonan Meerqeen yang bertajuk Thariq Ridzuwan turut dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Drama Tergempak 2025.

Sekadar info, pemilik nama Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam ini mula dikenali selepas muncul sebagai peserta Hero Remaja 2019/2020.

Meerqeen kemudiannya mula menempa nama dan meraih perhatian peminat menerusi beberapa drama lakonannya yang disifafkan sebagai ‘natural’ dan menjadi.

Dihoskan oleh Amelia Henderson dan Sean Lee, malam anugerah GMWA2025 turut dimeriahkan persembahan daripada artis-artis terkenal seperti Marsha, Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Hael Husaini, ALPHA dan ramai lagi.

GMWA 2025 telah berlangsung secara LIVE pada 15 Februari 2026 dari Auditorium MBSA Shah Alam, eksklusif di saluran Astro Ria (104), On Demand, Astro GO dan sooka.


 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement