Skip to main content

Hiburan

GMWA2025: Meerqeen Raih Lebih 2.3 Juta Undian, Jadi Pemenang Pertama Dengan Format Baharu

GMWA25

Sekilas

  • Gempak Most Wanted Awards 2025 memperkenalkan sistem penilaian baru yang menggabungkan undian awam dan markah juri profesional untuk memilih pemenang.
  • Meerqeen dinobatkan sebagai pemenang utama Gempak Most Wanted dan Selebriti Tergempak 2025, manakala drama lakonannya, Thariq Ridzuwan, menang kategori Drama Tergempak.
  • Majlis anugerah yang dihoskan oleh Amelia Henderson dan Sean Lee ini turut menampilkan persembahan artis popular dan disiarkan secara langsung di Astro Ria serta platform digital lain.
Advertisement

Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2025 yang berlangsung secara langsung di Auditorium MBSA pada Ahad baru sahaja melabuhkan tirainya.

GMWA2025 pada tahun ini menampilkan kelainan apabila proses pemilihan pemenang tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada undian awam, sebaliknya turut melibatkan penilaian barisan juri profesional.

Advertisement

Menurut Ketua Content Studio Astro Gempak, Syazwan Zakariah, penglibatan juri dalam sistem pemarkahan tahun ini dibuat bagi memberi aspek tambahan selain undian peminat.

“Kenapa tahun ini kita libatka markah daripada juri kerana kita mahukan juga pandangan daripada pandangan pihak profesional.

“Pandangan mereka itu bukan sahaja berdasarkan bakat sahaja tetapi mereka juga akan dinilai melalui bagaimana mereka memberi pengaruh serta impak kepada industri hiburan.

“Jadi sebab itu kita merasakan perlunya perubahan ini,” katanya kepada Gempak.

Tambah Syazwan, markah yang telah diberikan oleh juri juga telah diaudit untuk memastikan tiadanya ‘favourtism’ dalam pemilihan pemenang.

“Mereka (juri) diberi format pemarkahan dan kesemua keputusan juga telah dihantar untuk urusan audit oleh juruaudit kami,” katanya lagi.

Bagi edisi kali ini, pelakon, Meerqeen dinobatkan sebagai pemenang anugerah Gempak Most Wanted selepas meraih 2,373,539 undian atas talian dan manakala 40.5% dadipada juri.

Selain itu, Meerqeen turut menggondol anugerah Selebriti Tergempak 2025 pada majlis sama.

Bukan itu sahaja, drama lakonan Meerqeen yang bertajuk Thariq Ridzuwan turut dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Drama Tergempak 2025.

Dihoskan oleh Amelia Henderson dan Sean Lee, malam anugerah GMWA2025 turut dimeriahkan persembahan daripada artis-artis terkenal seperti Marsha, Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Hael Husaini, ALPHA dan ramai lagi.

GMWA 2025 telah berlangsung secara LIVE pada 15 Februari 2026 dari Auditorium MBSA Shah Alam, eksklusif di saluran Astro Ria (104), On Demand, Astro GO dan sooka.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement