Skip to main content

Hiburan

GMWA2025: Meerqeen ‘Tapau’ 3 Trofi, Maxximus Towle Tersasul ‘Seri Badang’, Dance Battle Sean Lee & Amelia Henderson, Ini Corat Coret Malam ‘Re-Culture’

GMWA2025

Sekilas

  • Gempak Most Wanted Awards 2025 (GMWA2025) berlangsung meriah di Auditorium MBSA Shah Alam dengan Meerqeen dinobatkan sebagai pemenang utama serta memenangi dua anugerah lain.
  • Acara dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada Zeppo Youngsterz, Aina Abdul, dan kolaborasi bersama penyanyi Indonesia, Fadhilah Intan, serta pengacara Sean Lee dan Amelia Henderson yang turut menunjukkan bakat menari.
  • Beberapa detik menarik termasuk Maxximus Towle tersasul nama pemenang, penampilan khas anak pelakon Anzalna, Eidriss, dan gelak tawa penonton hasil lawak spontan Sharifah Sakinah dan Ammar Ahyan.

Anugerah berprestij, Gempak Most Wanted Awards 2025 (GMWA2025) yang berlangsung dengan meriah di Auditorium MBSA Shah Alam pada malam Ahad sudah pun melabuhkan tirai.

GMWA2025 telah mengangkat pelakon, Meerqeen sebagai pemenang utama iaitu anugerah Gempak Most Wanted.

Kehebatan Meerqeen pada malam ini tidak dapat disangkal lagi apabila turut merangkul dua anugerah lain iaitu Selebriti Tergempak 2025 serta Drama Tergempak 2025 menerusi drama lakonannya yang berjudul Thariq Ridzuwan.

Selain daripada penyampaian 9 lagi anugerah yang lain, berlaku juga beberapa perkara menarik sepanjang malam anugerah GMWA2025 pada malam tadi.

Berikut corat coret yang menarik berlaku di GMWA2025:

1. ‘Opening’ GMWA dibuka dengan persembahan bertenaga daripada kumpulan Zeppo Youngsterz yang membawakan tema ‘Re-Culture’. Lebih menarik, duo pengacara iaitu Sean Lee dan Amelia Henderson tidak ketinggalan menunjukkan keboleh mereka dalam bidang tarian. Ujar Sean dan Amelia, ‘dance battle’ tersebut dilakukan mereka bersempena ulang tahun keempat mereka bersama GMWA.
2. Gandingan penyampai anugerah iaitu pelakon, Sharifah Sakinah dan anak kepada usahawan, Datuk Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan berjaya membuatkan suasana di Auditorium MBSA gamat seketika. Lawak mereka yang bersahaja dan tidak dibuat-buat berupaya membuatkan kesemua penonton yang hadir bergelak ketawa. 
3. Ketika kategori Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak 2025 yang dimenangi Sir Badang, penyampai anugerah iaitu pelakon meningkat naik, Maxximus Towle tersasul dan tersalah sebut menjadi ‘Seri Badang’.
4. Anak sulung kepada pelakon, Anzalna iaitu Eidriss membuat penampilan khas dengan menjadi penyampai anugerah bersama ibu dan bapanya. Meskipun baru kali pertama berdiri di hadapan ribuan penonton namun, Eidriss sama sekali tidak kekok malah berjaya menjalankan tugas dengan baik di kala usianya yang masih kecil.
5. Penyanyi yang turut mendapat jolokan ‘Ikon Fesyen’ iaitu Aina Abdul membuktikan vokalnya berada di tahap tersendiri melalu persembahan yang sungguh memukau. Persembahan Aina itu membuatkan penonton terpukau dan ‘sing along’ bersama. Lebih menarik, Aina turut membuat persembahan bertenaga bersama penyanyi Indonesia, Fadhilah Intan.

Dihoskan oleh Amelia Henderson dan Sean Lee, malam anugerah GMWA2025 turut dimeriahkan persembahan daripada artis-artis terkenal seperti Marsha, Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Hael Husaini, ALPHA dan ramai lagi.

GMWA 2025 telah berlangsung secara LIVE pada 15 Februari 2026 dari Auditorium MBSA Shah Alam, eksklusif di saluran Astro Ria (104), On Demand, Astro GO dan sooka.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Must-Watch Video

Advertisement