Skip to main content

Selebriti

GMWA2025: Meerqeen Terharu Sokongan Peminat - “Kalau Menang Itu Rezeki…”

GMWA25 Meerqeen

Sekilas

  • Meerqeen tercalon dalam dua kategori Gempak Most Wanted Award 2025 iaitu Selebriti Tergempak dan Drama Tergempak menerusi lakonannya dalam Thariq Ridzuwan.
  • Dia menghargai pencalonan dan sokongan peminat dari Malaysia serta luar negara seperti Singapura, Brunei, dan Indonesia tanpa meletakkan harapan tinggi untuk menang.
  • Fasa undian GMWA2025 bermula 15 Januari hingga 15 Februari 2026 dengan format baru 50% undian peminat dan 50% juri profesional, dan pemenang akan diumumkan pada Malam Kemuncak.

Pelakon, Meerqeen tercalon dalam dua kategori di anugerah Gempak Most Wanted Award 2025 (GMWA2025) iaitu Selebriti Tergempak dan Drama Tergempak menerusi lakonannya dalam Thariq Ridzuwan.

Meerqeen ketika ditemui Gempak menganggap pencalonan itu sebagai satu penghargaan buat dirinya.

Bagaimanapun kata Meerqeen, dia tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk menang kerana lebih menghargai proses dan sokongan yang diterima daripada peminat.

“Bagi saya bila saya tercalon dalam apa apa anugerah sekali pun itu adalah penghargaan untuk saya tapi semua orang kenal saya.

“Saya memang tak mengharapkan apa-apa, saya tahu benda itu adalah satu penghargaan tapi bagi saya kalau menang itu rezeki,” katanya ketika ditemui Gempak.

Mengulas lanjut mengenai sokongan peminat, Meerqeen turut meluahkan rasa terharu apabila menerima undian bukan sahaja dari Malaysia, malah dari luar negara.

Kata Meerqeen lagi, sekiranya berjaya membawa pulang kemenangan, dia berhasrat untuk meraikannya bersama peminat.

“Tak kisah menang atau tidak, sebab saya rasa yang mengundi saya pun ada yang bukan daripada Malaysia juga.

“Ada yang dari Singapura, Brunei, Indonesia dan Malaysia terutamanya.

“Sudah tentu kita akan cuba yang terbaik untuk buat meet and greet dan makan-makan bersama,” katanya.

Gempak Most Wanted Awards 2025 dijangka berlangsung dengan penuh kemeriahan dan persaingan sengit, sekali gus menjadi pentas penghargaan buat selebriti pilihan rakyat.

Senarai Top 10 GMWA2025 diumumkan secara rasmi pada 14 Januari 2026 dan fasa undian akan dibuka kepada orang ramai bermula 15 Januari hingga 15 Februari 2026.

Lebih menarik, GMWA kali ini juga membawa format baharu iaitu 50 peratus undian peminat dan 50 peratus lagi undian daripada juri profesional.

Edisi kali ini juga tiada lagi dua fasa undian seperti edisi terdahulu sebaliknya calon-calon Top 10 akan terus bertanding sehingga ke Malam Kemuncak GMWA2025.

Sebanyak 50 kredit undian diberikan bagi setiap kategori sehari.

Jangan lupa layari www.gempakmostwantedawards.com untuk mengundi calon kegemaran anda.

Anda mungkin berminat dengan

Jordan Jumpman Hat - Brown

Jordan Jumpman Hat - Brown

Fjallraven High Coast Foldsack 24 - Black

Fjallraven High Coast Foldsack 24 - Black

Nike Heritage Crossbody Bag

Nike Heritage Crossbody Bag

Goorin Bros Panther Trucker Void - Black

Goorin Bros Panther Trucker Void - Black

Must-Watch Video

Advertisement