Skip to main content

Hiburan

GMWA25: Aina Abdul Harap Rezeki Berpihak Kepada Lagu Duet Bersama Fadillah

Aina Abdul

Penyanyi dan komposer, Aina Abdul tidak meletakkan harapan tinggi harapan tinggi untuk memenangi anugerah meskipun tercalon dalam dua kategori pada Gempak Most Wanted Awards 2025 (GMWA2025).

Menurut Aina, menang atau kalah bukanlah keutamaan kerana anugerah tersebut lebih kepada usaha meraikan hubungan antara artis dan peminat.

“Tak, saya tak yakin. Saya rasa saya akan kalah. Tapi bagi saya, menang atau kalah anugerah ini adalah untuk meraikan hubungan antara artis dan peminat. Saya tahu peminat saya akan bertungkus-lumus mengundi sebab mereka nak saya menang.

“Saya selalu cakap dengan diri saya dan juga peminat, menang atau kalah itu nombor dua. Nombor satu, yang penting kita masih berusaha dan mereka masih bersama saya. Itu yang paling penting,” katanya ketika ditemui Gempak.

Bagaimanapun, Aina berharap jika rezeki berpihak padanya dia mahu lagunya bersama penyanyi Indonesia, Fadhilah Intan iaitu Arah Cinta Sejati memenangi kategori Lagu Era Tergempak. 

“Kalau tanya saya, dua-dua kategori ini mestilah saya nak menang sebab kedua-duanya melibatkan lagu baharu. Tetapi kalau saya boleh pilih satu, saya harap kemenangan itu berpihak kepada lagu duet saya bersama Fadillah.

“Sebab bagi saya, itu adalah projek tahun 2025 yang paling saya sayang. Projek yang sangat dekat dengan hati saya. Walaupun lagu itu merupakan lagu saduran, tetapi bagi saya ia adalah antara lagu duet terbaik yang pernah saya nyanyikan,” jelasnya.

Untuk rekod, Aina Abdul tercalon dalam dua kategori utama GMWA2025 iaitu Lagu ERA Tergempak dan Muzik Video Tergempak.

Senarai Top 10 GMWA2025 telah diumumkan secara rasmi pada 14 Januari 2026, manakala fasa undian dibuka kepada orang ramai bermula 15 Januari hingga 15 Februari 2026.

Menariknya, edisi GMWA kali ini tampil dengan format baharu iaitu 50 peratus undian peminat dan 50 peratus undian juri profesional. Selain itu, tiada lagi sistem dua fasa undian seperti edisi terdahulu, sebaliknya kesemua calon Top 10 akan terus bersaing sehingga ke Malam Kemuncak GMWA2025.

Sebanyak 50 kredit undian diberikan bagi setiap kategori setiap hari. Orang ramai boleh mengundi calon kegemaran masing-masing dengan melayari www.gempakmostwantedawards.com

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Kurta Larik Pelikat Relaxed Fit

Kurta Larik Pelikat Relaxed Fit

SUPERSAVE Lampu Raya Ketupat Lampu Ketupat Raya Lampu Kelip Kelip Solar LED Light Hari Raya

SUPERSAVE Lampu Raya Ketupat Lampu Ketupat Raya Lampu Kelip Kelip Solar LED Light Hari Raya

Must-Watch Video

Advertisement