Skip to main content

Hiburan

GMWA25: Hakim Nanyan Tak Sangka Menang Digital Creator (Sports) Tergempak - “Berbaloi…”

ASTROGEMPAK Hakim Nanyan

Sekilas

  • Hakim Nanyan menang kategori Digital Creator (Sports) Tergempak 2025 pada Gempak Most Wanted 2025, menewaskan sembilan calon lain.
  • Dia kerap mengajak pengikutnya mengundi setiap kali siaran langsung ketika bermain game sepanjang tempoh pengundian.
  • Hakim berharap rakan-rakan pembuat kandungan sukan terus berkarya dan memberi semangat dalam bidang yang sama.

Pertama kali tercalon dalam kategori  Digital Creator (Sports) Tergempak 2025 pada anugerah Gempak Most Wanted 2025 (GMWA25), Hakim Nanyan tidak menyangka akan terus dinobatkan sebagai pemenang.

 

Menewaskan sembilan calon lain yang tidak kurang hebat seperti ikail Ghazali, Aqil Farhan, Juju Soya, Khalish, Padil dan Rippo Ku, Hakim bagaimanapun tanpa berselindung memberitahu dia kerap meminta pengikutnya membuat undian setiap kali bersiaran langsung.

 

“Sejak tahu tercalon, saya memang minta pengikut yang masuk ke siaran langsung saya sewaktu bermain game untuk mengundi kerana undian dibuka setiap hari. Jadi bila bersiaran langsung pada setiap malam, saya selalu ingatkan mereka untuk undi saya.

 

“Saya ajak tapi tidaklah begitu serius. Namun hari ini apabila diumumkan sebagai pemenang, saya rasa ajakan yang dibuat berbaloi. Mungkin rezeki saya. Alhamdulillah berbaloi sangat-sangat,” kata Hakim kepada Gempak.

 

Pada masa sama, Hakim yang terkenal dengan ulasan kandungan berkaitan sukan, khususnya sukan elektronik (e-sukan) berharap agar rakan-rakan lain yang membuat konten serupa dengannya agar terus berkarya.

 

“Untuk semua rakan-rakan tidak kira dalam bentuk sukan apapun tapi dalam kategori yang sama, saya nak ucapkan buat sehabis baik. Insya Allah ada jalannya di jalan yang mana kita duduk sekarang,” katanya lagi.

 

Hakim Nanyan menerima  anugerah Digital Creator (Sports) Tergempak 2025 pada malam kemuncak GMWA25 yang diadakan di MBSA, Shah Alam.

 

Untuk dua edisi sebelum ini, kategori yang sama dimenangi berturut-turut oleh pemain E-sports popular, Pok Ro.

Anda mungkin berminat dengan

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Must-Watch Video

Advertisement