Skip to main content

Hiburan

GMWA25: Hanya Kendali Berdua! Amelia Henderson & Sean Lee Janji Berikan Yang Terbaik

GMWA 2025

Pengacara, Amelia Henderson dan Sean Lee meluahkan rasa teruja apabila tahun ini mereka berdua diberikan peluang untuk mengendalikan Gempak Most Wanted Awards (GMWA2025) (GMWA2025) buat kali pertama sebagai gandingan utama.

Menurut Amelia, mereka berdua sangat terharu kerana diberikan kepercayaan sepenuhnya untuk membawa acara berprestij itu tanpa gandingan hos senior.

“Ya, tahun ini rasa macam ‘graduation’ sebab kami diberi kepercayaan besar untuk mengacarakan Gempak Most Wanted Awards berdua buat kali pertama. Ia satu cabaran besar, tapi dalam masa sama rasa bangga bila bos-bos percaya kami mampu galas tanggungjawab ini.

“Seperti biasa, GMWA setiap tahun cuba naikkan taraf untuk jadi lebih besar dan lebih baik. Jadi kita tengoklah macam mana esok. Memang sangat teruja,” katanya.

Amelia juga memberi bayangan bahawa malam kemuncak kali ini akan ada banyak elemen kejutan.

"Saya tak boleh beritahu terlalu banyak, tapi macam biasa, tak pernah ada Gempak Most Wanted tanpa kejutan. Tahun ini saya ada menari jadi kena tunggu,” ujarnya ringkas.

Sementara itu, Sean Lee mengakui berasa sedikit gementar memandangkan sebelum ini mereka sering dibimbing oleh hos senior.

“Sejujurnya agak gementar juga sebab sebelum ini kita ada bimbingan daripada senior. Tapi saya rasa sudah tiba masanya untuk kami berdiri atas kaki sendiri dan cuba sesuatu yang baharu.

“Suka atau tidak, ini memang ‘show’ kami. Saya tiada masalah dengan itu. Kami yakin untuk tahun ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sean turut berkongsi mengenai pendekatan gaya dan penampilannya pada malam anugerah tersebut.

Katanya, dia tidak berhasrat untuk tampil terlalu ekstrem, sebaliknya mahu mengetengahkan elemen budaya tempatan dengan sentuhan moden.

“Saya tak mahu buat sesuatu yang terlalu gila atau terlalu jauh daripada asal usul kita. Saya cuma mahu bawa semula budaya yang kita ada, seperti pakaian tradisional, tapi ditambah sedikit aksesori supaya nampak berbeza dan ada elemen ‘reinvent’.

“Tapi tidak terlalu keterlaluan sebab saya percaya budaya kita ada sebab dan makna di sebaliknya. Saya tak mahu mencemarkan nilai itu,” jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Must-Watch Video

Advertisement