Skip to main content

Hiburan

GMWA25: Kehangatan Kian Terasa! ALPHA, Siti Nurhaliza, Jason & Cak Cak Cekuk Ada Peluang Untuk Menang

GMWA25

Sekilas

  • Malam kemuncak Gempak Most Wanted Awards 2025 semakin hangat dengan 12 kategori dan ramai wajah baharu berpeluang menang.
  • Undian bermula 15 Januari hingga 15 Februari 2026 dengan format baru 50% undian peminat dan 50% juri profesional, serta 70 kredit undian untuk setiap individu.
  • Senarai Top 10 calon diumumkan pada 14 Januari 2026 dan acara kemuncak akan disiarkan di Astro Ria serta YouTube Gempak pada 15 Februari 2026.

Kehangatan malam kemucak Gempak Most Wanted Awards 2025 (GMWA2025) kian terasa.

Ditambah pula dengan penambahan 70 kredit untuk setiap individu mengundi pastinya peminat akan berusaha untuk memastikan setiap calon mendominasi kategori yang dicalonkan.

Menerusi tinjauan di media sosial, netizen sudah mula meramalkan siapa yang bakal memenangi kategori yang dipertandingkan.

Dalam 12 kategori yang dipertandingkan, banyak wajah-wajah baharu yang mungkin bakal menjulang trofi GMWA2025. 

Berikut Gempak kongsikan ramalan siapa yang bakal memenangi GMWA2025.

Digital Creator (Foodie) Tergempak

Jason dijangka memberi persaingan hebat untuk calon-calon yang lain. Dengan konten review yang menarik pasti Jason berjaya menarik ramai peminat terutamanya golongan Gen-Z untuk me gundinya.

Video Muzik Tergempak

Kategori ini sangat menarik, kerana pesaingan yang sangat kuat. Kehadiran beberapa lagu yang t lar sepanjang 2025 pastinya peminat pusing nak pilih pemenang.

Tapi kalau perlu pilih Cak Cak Cekuk nyanyian Wanie Kayrie atau P.Ramlee Saloma oleh ALPHA
ada harapan untuk pegang kategori ini. 

Lagu Era Tergempak

Bukan sahaja Video Muzik Tergempak yang menjadi persaingan, Lagu Era Tergempak juga dijangka menjadi sorotan peminat.

Kehadiran Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi lagu Menamakan Cinta bersama Ade Govinda pastinya memberi persaingan kepada ALPHA, Misha Omar, Aina Abdul & Fadhillah.

Tapi Lagu Nur Cinta nyanyian Amir Masdi juga confirm menjadi targer peminat untuk pegang kategori ini.

Selebriti Tergempak

Menariknya kategori ini, calon-calon semuanya on top. Peminat 'confirm' gigit jari sebab nak kena pilih siapa yang mereka nak undi.

Tapi yang mungkin boleh julang trofi untuk kategori ini kumpulan yang sedang meningkat mencipta nama iaitu ALPHA. Mana tidaknya gelombang mereka dalam industri seni Malaysia tidak main-main.

Selain kategori ini, terdapat beberapa lagi kategori yang dipertandingkan seperti hos Program Digital Tergempak, Digital Creator Lifestyle Tergempak, Program Digital Tergempak dan banyak lagi.

Siapakah yang bakal merangkul trofi bagi kategori yang berikutnya dan paling penting, siapakah yang bakal dinobatkan sebagai penerima anugerah Gempak Most Wanted Awards 2025?

Jangan lupa saksikan GMWA25 di Astro Ria dan strim secara langsung di YouTube Gempak pada 15

Senarai Top 10 GMWA2025 diumumkan secara rasmi pada 14 Januari 2026 dan fasa undian akan dibuka kepada orang ramai bermula 15 Januari hingga 15 Februari 2026.

Lebih menarik, GMWA kali ini juga membawa format baharu iaitu 50 peratus undian peminat dan 50 peratus lagi undian daripada juri profesional.

Edisi kali ini juga tiada lagi dua fasa undian seperti edisi terdahulu sebaliknya calon-calon Top 10 akan terus bertanding sehingga ke Malam Kemuncak GMWA2025.

Kini anda juga mempunyai 70 kredit untuk mengundi calon-calon kegemaran anda. Jangan lupa layari www.gempakmostwantedawards.com untuk mengundi.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Must-Watch Video

Advertisement