Skip to main content

Hiburan

Guntur Soeharjanto 'Nervous' Arahkan Filem Munafik: Melawan Iblis

Guntur Soeharjanto 'Nervous' Arahkan Filem Munafik: Melawan Iblis

Sekilas

  • Pengarah Guntur Soeharjanto mahu filem Munafik: Melawan Iblis bukan sekadar seram, tetapi juga menyentuh tema trauma, kehilangan dan keikhlasan.
  • Guntur berdepan cabaran memastikan filem ini tidak menjadi salinan versi Malaysia dan mengelak bergantung hanya pada elemen jump scare.
  • Filem ini dibintangi oleh pelakon Indonesia dan akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada 1 Oktober 2024.
Advertisement

Pengarah Munafik: Melawan Iblis, Guntur Soeharjanto mengakui mahu memberikan pengalaman berbeza kepada menonton filem berkenaan.

Meskipun tema asalnya adalah filem seram, Guntur mahu cerita berkenaan turut mengetengahkan persoalan trauma, kehilangan dan keikhlasan.

Advertisement

"Saya mahu filem seram tapi boleh buat penonton teruja. Saya tidak mahu ia hanya seram sahaja tapi ada sesuatu yang boleh menyentuh personal kita masing-masing," katanya.

Dalam pada itu, Guntur mengakui agak gugup selepas menerima tawaran untuk mengarahkan filem berkenaan.

Bukan kerana takut untuk mengarahkan filem seram, sebaliknya Munafik mempunyai nilai istimewa buat dirinya.

Guntur berkata, selepas melalui beberapa siri perbincangan bersama pihak produksi, dia akhirnya bersedia menerima cabaran untuk mengarahkan filem berkenaan.

Pada masa sama, Guntur juga berdepan cabaran untuk memastikan Munafik: Melawan Iblis tidak sekadar menjadi salinan kepada filem Munafik versi Malaysia arahan Syamsul Yusof.

Pendekatan tersebut juga membuatkan Munafik: Melawan Iblis tidak hanya bergantung kepada elemen jump scare untuk memberikan ketakutan kepada penonton.

Filem Munafik: Melawan Iblis dibintangi Arya Saloka, Acha Septriasa, Dimas Aditya, Nova Eliza, Izabel Jahja, Widi Dwinanda dan Oce Permatasari yang menggantikan watak-watak asal versi Malaysia seperti Nabila Huda, Fizz Fairuz dan Sabrina Ali.

Filem ini merupakan terbitan Unlimited Production dan Skop Productions, serta sokongan oleh Legacy Pictures, AZ Films, dan Komet Productions.

Manakala Astro Shaw bertindak selaku rakan pemasaran di Malaysia, filem yang dijadualkan ditayangkan September ini mengisahkan tentang perjuangan Ustaz Adam dalam menyelamatkan seseorang daripada jeratan iblis.

Munafik: Melawan Iblis ini juga akan dibawa ke pawagam di Malaysia pada 1 Oktober depan.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement