Skip to main content

Hiburan

‘Gus Fring’ Sudah Peluk Islam Di Arab Saudi

Astro Gempak

Sekilas

  • Pelakon Hollywood Giancarlo Esposito dilaporkan memeluk Islam ketika menjalani penggambaran filem di Arab Saudi.
  • Esposito melafazkan syahadah dan menunaikan solat berjemaah bersama pasukan produksi di sebuah masjid di sana.
  • Beliau kini terlibat dalam projek filem Seven Dogs yang bertujuan memperkukuhkan industri hiburan Arab Saudi.
Advertisement

Pelakon terkenal Hollywood, Giancarlo Esposito yang popular menerusi watak Gus Fring dalam siri televisyen Breaking Bad dilaporkan memeluk Islam ketika berada di Arab Saudi bagi menjalani penggambaran sebuah projek filem.

Menurut laporan media tempatan yang dipetik Anadolu Ajansi, perkara itu didedahkan Pengerusi Pihak Berkuasa Hiburan Am Arab Saudi, Turki Al-Sheikh.

Advertisement

Turki berkata, Esposito telah melafazkan syahadah selain turut menunaikan solat berjemaah bersama pasukan produksi di sebuah masjid ketika berada di negara berkenaan.

Menurutnya, keputusan pelakon berusia 68 tahun itu untuk memeluk Islam hadir selepas melalui pengalaman positif sepanjang berada di Arab Saudi serta hasil interaksinya dengan masyarakat Islam ketika terlibat dalam penggambaran.

“Beliau turut meluahkan penghargaan terhadap komuniti serta layanan mesra yang diterimanya sepanjang berada di sini,” katanya.

Advertisement

Satu rakaman video yang tular dalam media sosial turut memaparkan Esposito menunaikan solat bersama ahli produksi di dalam sebuah masjid.

Esposito merupakan antara pelakon berpengaruh Hollywood yang mempunyai kerjaya lebih tiga dekad dalam industri filem dan televisyen.

Selain Breaking Bad, beliau turut dikenali menerusi lakonan dalam siri Better Call Saul, The Mandalorian, The Boys serta beberapa produksi antarabangsa lain.

Malah, watak Gus Fring yang dibawanya dalam Breaking Bad berjaya melonjakkan namanya ke peringkat global dan meraih pelbagai pencalonan anugerah berprestij.

Ketika ini, Esposito dilaporkan sedang menjalani penggambaran filem Seven Dogs yang merupakan antara projek utama dibangunkan Arab Saudi dalam usaha memperkukuhkan industri hiburan dan perfileman negara tersebut serta menarik lebih ramai bakat antarabangsa.

Anda mungkin berminat dengan

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

MERCEDES - AMG PETRONAS FORMULA 1 TEAM ENGINEERS POLO - BLACK

MERCEDES - AMG PETRONAS FORMULA 1 TEAM ENGINEERS POLO - BLACK

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

Must Watch Video

Advertisement