Sekilas
- Senarai Hot Seat Gegar Vaganza Fantasia (GVF) menampilkan naib juara dan finalis Akademi Fantasia dari pelbagai musim yang pernah mencipta fenomena tersendiri.
- GVF musim ini turut menampilkan juara dan alumni AF terkenal seperti Mawi, Vince, Faizal, Shahir, dan Stacy, dengan trio hos Nabil Ahmad, Jihan Muse, dan Sherry Alhadad.
- Program selama 11 minggu ini disiarkan setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim melalui Astro GO dan Sooka, dengan penajaan rasmi daripada Celcom Digi.
Teka-teki siapa yang bakal tersenarai di kerusi Hot Seat Gegar Vaganza Fantasia (GVF) akhirnya terjawab apabila hampir kesemua naib juara dan finalis bintang Akademi Fantasia selesai membuat persembahan.
Menerusi senarai yang diperkenalkan, barisan bintang Hot Seat GVF ini juga antara yang pernah mencipta fenomena dan mempunyai kelompok peminat tersendiri.
Kehadiran nama-nama besar ini juga pastinya mengundang keterujaan peminat yang sudah tidak sabar untuk menyaksikan persaingan sengit antara bekas bintang AF berkenaan.
Malah, GVF juga dilihat sebagai platform untuk mengimbau kembali nostalgia Akademi Fantasia, selain memberi peluang kepada barisan penyanyi terbabit untuk kembali menyerlah di pentas nyanyian.
Berikut merupakan senarai bintang yang berada di kedudukan hot seat GVF:
1.Khai, Azizi (AF1)
2.Adam, Farah Anuar (AF2)
3.Felix, Amylea Azizan (AF3)
4.Farhan, Velvet (AF4)
5.Ebi Kornelis, Aswad (AF5)
6.Riz Zaizizi, Toi (AF6)
7.Aril Pilus, Isma, Akim (AF7)
8.Daus, Maulana (AF8)
9.Lena, Fyna Jebat (AF9)
10.Aman Aziz, Ewal (AF2014)
11.Billa Najmi, Afi (AF2015)
12.Amal, Ara Johari (AF2016)
Namun, siapakah yang bakal menggegarkan GVF bersama bintang lain?
GV undi bermula sekarang sehingga Jumaat, 6 petang. Maklumat lanjut di gempak.com/gegarvaganza
Untuk info, GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.
Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 akan terus digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.
Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.
Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.
Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.