Skip to main content

Berita Tempatan

GV Fantasia: Bakal Beri Persaingan! Akim, Farah, Felix & Ara Johari Isi Slot Hot Seat

GV Fantasia: Bakal Beri Persaingan! Akim, Farah, Felix & Ara Johari Isi Slot Hot Seat

Sekilas

  • Empat alumni Akademi Fantasia iaitu Farah AF2, Felix AF3, Akim AF7 dan Ara Johari AF2015 diumumkan sebagai peserta baru Gegar Vaganza Fantasia (GVF) musim ini.
  • Akim mendapat undian tertinggi sebanyak 25%, diikuti Farah (16%), Felix (13%) dan Ara (9%) berdasarkan keputusan undian peminat.
  • GV13 bersiaran selama 11 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim melalui Astro GO serta Sooka, dengan barisan hos dan juri terkenal yang kembali menghangatkan program.
Advertisement

Teka-teki mengenai empat alumni Akademi Fantasia (AF) yang bakal mengisi kekosongan program Gegar Vaganza Fantasia (GVF) akhirnya terjawab apabila nama mereka diumumkan pada konsert minggu kedua yang berlangsung di Auditorium MBSA pada Ahad.

Empat alumni yang diumumkan ialah, Farah AF2, Felix AF3 dan Akim AF7 Ara Johari AF2015.

Advertisement

Menerusi keputusan undian yang dibuat peminat, Akim meraih undian tertinggi sebanyak 25% manakala Farah ditempat kedua dengan peratusan sebanyak 16%.

Sementara itu, Felix meraih undian ketiga tertinggi dengan peratusan sebanyak 13% manakala Ara dengan 9%.

Keempat-empat alumni tersebut bakal menyertai barisan peserta GVF bagi merebut peluang untuk meneruskan perjalanan mereka dalam program berkenaan.

Advertisement

Untuk info, GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.

Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.
Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.

Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

Must Watch Video

Advertisement