Sekilas
- Farah Diana Anuar teruja berkongsi berita terpilih menyertai Gegar Vaganza Fantasia bersama anak-anaknya yang berharap penyanyi Amir Masdi juga turut serta.
- Farah pernah cuba sertai Gegar Vaganza sejak musim kedua, namun tidak berjaya kerana peserta alumni AF tidak diterima sebelum ini.
- GV Fantasia musim ini menampilkan juara dan alumni Akademi Fantasia dengan hos Nabil Ahmad, Jihan Muse, dan Sherry Alhadad serta juri Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, dan Datuk Syafinaz Selamat.
Penyanyi Farah Diana Anuar berkongsi momen keterujaan dia menghubungi anak-anak untuk berkongsi berita gembira dirinya terpilih menyertai Gegar Vaganza Fantasia.
Menerusi hantaran di Threads, Farah berkata anak-anak ada mengucapkan tahniah namun mereka lebih teruja jika penyanyi Amir Masdi turut serta GV Fantasia.
“Teruja hubungi anak-anak cakap ‘yay Alhamdulillah mommy dapat hot seat’. Anak-anak cakap ‘tahniah mommy tapi kami nak Amir Masdi’ 🙃😩 #pengsan,” tulis Farah.
Terdahulu, menerusi temu bual bersama Gempak, Farah, berkata dia pernah mencuba nasib dengan bertanyakan peluang untuk menyertai program Gegar Vaganza sejak musim kedua.
Bagaimanapun, hasratnya ketika itu tidak kesampaian selepas dimaklumkan bahawa pihak produksi tidak mengambil alumni AF sebagai peserta.
Selain Farah, tiga lagi alumni yang terpilih termasuklah Akim Ahmad, Felix Agus dan Ara Johari.
Untuk info, GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.
Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.
Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.
Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.
Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.