Skip to main content

Selebriti

GV Fantasia: Haqiem Rusli Pun ‘Request’ Akim Nyanyi Mahakarya Cinta - “Jadi Kita Dah Boleh Dengar Abang Akim…”

GV Fantasia: Haqiem Rusli Pun ‘Request’ Akim Nyanyi Mahakarya Cinta - “Jadi Kita Dah Boleh Dengar Abang Akim…”

Sekilas

  • Haqiem Rusli teruja dengan pengumuman Akim Ahmad sebagai bintang kerusi panas Gegar Vaganza Fantasia (GVF) dan berharap Akim akan menyanyikan lagu Mahakarya Cinta secara langsung di pentas GVF.
  • Video Akim menyampaikan lagu Mahakarya Cinta ketika menjadi juri Big Stage Rocketfuel tular dan mendapat pujian netizen atas kelunakan suaranya.
  • GVF musim ini menampilkan alumni Akademi Fantasia dan juara program tersebut, dengan konsert berlangsung selama 11 minggu setiap Ahad di Astro Ria serta disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Advertisement

Penyanyi, Haqiem Rusli meluahkan rasa teruja apabila rakan seperjuangan, Akim Ahmad diumumkan sebagai bintang kerusi panas Gegar Vaganza Fantasia (GVF).

Menerusi perkongsian di Threads, Haqiem menyatakan rasa tidak sabar untuk mendengar Akim menyampaikan lagu Mahakarya Cinta, nyanyian asal penyanyi, Faizal Tahir secara langsung di pentas GVF.

Advertisement

Malah, Haqiem turut berharap Akim berpeluang membawakan lagu popular itu dalam program berkenaan tidak lama lagi.

“Jadi kita dah boleh dengar abang akim nyanyi live lagu mahakarya cinta secara proper di GV Fantasia lah kan soon!” coretnya


Advertisement

Perkongsian itu ternyata menarik perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan Haqiem.

Antara komen netizen:

Terdahulu, video yang merakamkan penyanyi, Akim Ahmad menyampaikan lagu Mahakarya Cinta nyanyian asal Faizal Tahir kembali tular di media sosial.

Momen tersebut berlaku ketika Akim bertugas sebagai juri tetap dalam program realiti nyanyian Big Stage Rocketfuel.

Ketika itu, Akim sedang memberikan tunjuk ajar kepada salah seorang bintang program berkenaan iaitu Hussain tentang cara menyampaikan dan menghayati lagu dengan baik.

Nyanyian ringkas itu ternyata meninggalkan kesan mendalam kepada penonton apabila ramai mengakui masih belum boleh ‘move on’ dengan kelunakan suara Akim ketika menyampaikan lagu berkenaan.

Untuk info, konsert minggu kedua GVF menampilkan empat alumni Akademi Fantasia (AF)  iaitu Akim AF7, Farah AF2, Felix AF3, dan Ara Johari (AF2016) diumumkan sebabai bintang yang berjaya mengisi kekosongan dan bakal berentap bersama alumni yang lain. 

GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.

Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Manakala CelcomDigi pula merupakan penaja utama rasmi Gegar Vaganza Fantasia.

Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.

Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.

Anda mungkin berminat dengan

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

Must Watch Video

Advertisement