Sekilas
- Ika Nabella terharu dengan persembahan Mawi menyanyikan lagu Aku Yang Berdosa di konsert minggu kedua Gegar Vaganza Fantasia (GVF).
- Mawi kini berada di kedudukan kedua dengan markah 60.93% dalam GVF yang menampilkan juara dan alumni Akademi Fantasia.
- GV13 bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim di Astro GO serta sooka, dengan penajaan utama daripada CelcomDigi.
Pelakon, Ika Nabella mengakui sebak melihat persembahan bintang Gegar Vaganza Fantasia (GVF) iaitu Mawi yang menyampaikan lagu berjudul Aku Yang Berdosa di konsert minggu kedua para Ahad.
Menerusi perkongsian di Threads, Ika berkataMawi merupakan antara penyanyi istimewa yang mempunyai tempat tersendiri dalam ingatan ramai.

Malah, dalam hantaran itu juga, Ika turut menyifatkan Mawi sebagai sebahagian daripada memori zaman kecil yang pastinya sukar dilupakan kerana popularitinya ketika berada dalam program Akademi Fantasia 3 yang disiarkan pada tahun 2005.
“Wallahi saya nangis dengar abang Mawi nyanyi. Dia memang seorang yang istimewa. Sudah tentu dia sebahagian daripada kenangan kanak-kanak kita.
“Mak pasaipa mak tak ikut saya tengok GVF malam ni,” katanya seloroh.

Konsert GVF minggu kedua menyaksikan Mawi berada di kedudukan kedua dengan peratusan markah sebanyak 60.93%.
Sementara itu, empat alumni Akademi Fantasia (AF) iaitu Akim AF7, Farah AF2, Felix AF3, dan Ara Johari (AF2016) diumumkan sebabai bintang yang berjaya mengisi kekosongan dan bakal berentap bersama alumni yang lain.
Untuk info, GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.
Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.
Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Manakala CelcomDigi pula merupakan penaja utama rasmi Gegar Vaganza Fantasia.
Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.
Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.