Skip to main content

Selebriti

GV Fantasia: Lagu Hasrat Imbau Kenangan Bersama Arwah Bapa, Vince Akui Penuh Emosi - “Saya Menyanyi Dari Hati…”

GV Fantasia: Lagu Hasrat Imbau Kenangan Bersama Arwah Bapa, Vince Akui Penuh Emosi - “Saya Menyanyi Dari Hati…”

Sekilas

  • Vince dari Gegar Vaganza Fantasia (GVF) berasa syukur kerana menunjukkan peningkatan dengan naik ke tempat ketujuh pada konsert minggu kedua.
  • Persembahan lagu 'Hasrat' memberi makna mendalam buat Vince kerana ia berkait rapat dengan kenangan bersama arwah bapanya.
  • GVF musim ini menampilkan juara dan alumni Akademi Fantasia dengan konsert berlangsung setiap Ahad, disiarkan di Astro Ria dan boleh distrim di Astro GO serta sooka.
Advertisement

Bintang Gegar Vaganza Fantasia (GVF), Vince, meluahkan rasa syukur apabila berjaya menunjukkan sedikit peningkatan dalam persembahannya pada konsert minggu kedua.

Menerusi perkongsian di media sosial, Vince berkata selain peningkatan, dia dia juga semakin selesa menggunakan peranti in-ear monitor.

Advertisement

“GV Fantasia minggu kedua siap. Okay lah ada peningkatan sikit tempat kelapan, naik ketujuh. Bersyukur lah.

“Saya perlahan-lahan sedang cuba membiasakan diri dengan penggunaan in-ear monitor dan tidak lagi berasa terlalu gementar,” kongsinya.

Sementara itu, mengulas mengenai persembahannya, Vince menyifatkan lagu Hasrat yang dipersembahkan pada minggu kedua ini cukup dekat dengan dirinya.

Advertisement

Jelas Vince, lagu tersebut sebenarnya mempunyai kenangan tersendiri bersama arwah bapanya.

Disebabkan itu juga, Vince mengakui pengalaman membawakan lagu tersebut turut membuatkan emosinya tersentuh, sekali gus mendorongnya untuk menyampaikan lagu berkenaan dengan penuh penghayatan.

“Lagu Hasrat merupakan sebuah lagu yang emosional buat saya kerana dapat dikaitkan dengan arwah ayah.

“Apa-apa pun, saya menyanyi dari hati dan sudah memberikan yang terbaik. Namun, masih banyak ruang untuk diperbaiki. Vince akan terus berjuang. Minggu depan, Bunyi Gitar pula,” coretnya.

Minggu kedua menyaksikan Vince berada dikedudukan ketujuh dengan peratusan markah sebanyak 49.19 peratus.

Untuk info, konsert minggu kedua GVF menampilkan empat alumni Akademi Fantasia (AF)  iaitu Akim AF7, Farah AF2, Felix AF3, dan Ara Johari (AF2016) diumumkan sebabai bintang yang berjaya mengisi kekosongan dan bakal berentap bersama alumni yang lain. 

GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.

Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Manakala CelcomDigi pula merupakan penaja utama rasmi Gegar Vaganza Fantasia.

Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.

Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.

Anda mungkin berminat dengan

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Must Watch Video

Advertisement