Penyanyi, Sufie Rashid menyorot perhatian netizen selepas berkongsi misi untuk menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram (kg) dalam tempoh dua minggu.
Bagaimanapun, perkongsian ringkas itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang mula mengaitkan misi berkenaan dengan kemungkinan Sufie bakal menjadi antara peserta GV13.
“Misi turun 10kg dalam 2 minggu bermula sekarang,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat hantaran itu seolah-olah memberikan bayangan mengenai penyertaannya dalam pertandingan nyanyian berkenaan.
“Ni lagi sorang, macam bagi hint-hint masuk GV. 🤣
“So memang betullah masuk GV? 👀”
“Hint masuk GV lah tu. Good luck bang. 🙏🏻👍🏻
“Masuk GV lah tu kannnn.
“Hint terlalu kuat ni, hahaha.
“PLEASE CAKAP YOU ARE ONE OF THE CONTESTANTS!!!
Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengesahan daripada Sufie berhubung spekulasi yang tercetus susulan perkongsian tersebut.
Sekadar info, GV13 bakal menyaksikan persaingan sembilan penyanyi iaitu Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Shahir, Faizul dan Firman dalam usaha merebut gelaran juara di pentas berprestij itu.
Menambahkan lagi kemeriahan musim ini, GV13 bakal dikendalikan oleh trio pengacara kegemaran ramai, Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.
Sementara itu, barisan juri masih mengekalkan tiga nama besar dalam industri muzik iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Berlangsung selama 11 minggu, GV13 bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.
Program itu juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.