Skip to main content

Hiburan

GV Fantasia: “Orang Tak Nampak Ambe Cut Sugar, Joging & Tahan Lapar Setiap Malam Sebab…” - Faizal

GV Fantasia: “Orang Tak Nampak Ambe Cut Sugar, Joging & Tahan Lapar Setiap Malam Sebab…” - Faizal

Sekilas

  • Faizal, juara Akademi Fantasia 4, menghiburkan netizen dengan video TikTok yang memaparkan gurauan tentang usaha kurus yang tidak pernah dilakukannya.
  • Gegar Vaganza Fantasia (GVF) musim ini menampilkan juara dan alumni Akademi Fantasia dengan 25 bintang Hot Seat yang sedang dipilih melalui undian sehingga Jumaat, 6 petang.
  • GV13 akan disiarkan setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim di Astro GO serta Sooka, dengan trio hos Nabil Ahmad, Jihan Muse, Sherry Alhadad dan juri terkenal Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, serta Datuk Syafinaz Selamat.
Advertisement

Bintang program Gegar Vaganza Fantasia, Faizal ternyata berjaya membuat ramai netizen terhibur menerusi hantaran yang dimuat naiknya menerusi TikTok.

Menerusi hantaran yang dibuat, Faizal tampil ‘meluahkan’ perasaan sambil mengatakan bahawa segala usaha yang dilakukan untuk mengurangkan berat badan tidak disedari orang sekelilingnya.

Advertisement

Ujar juara Akademi Fantasia 4 (AF4) ini secara berseloroh, segala insiaitif seperti mengurangkan pengambilan gula dan berjoging itu sememang tidak disedari kerana dia sama sekali tidak pernah melakukannya.

“Orang tak nampak abe tengah cut sugar. Orang tak nampak ambe joging setiap hari.

“Orang tak nampak abe tahan lapar setiap malam, sebab ambe memang tak buat semua tu,” seloroh Faizal.

Advertisement

Hantaran itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa terhibur.

Malah, mereka juga mendoakan agar segala urusan Faizal sepanjang menyertai GVF dipermudah.

Untuk info, GV musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia.

Menariknya lagi, senarai nama 25 barisan bintang Hot Seat GVF juga turut diperkenalkan.

Namun, siapakah yang bakal menggegarkan GVF bersama bintang lain? GV undi bermula sekarang sehingga Jumaat, 6 petang. Maklumat lanjut di gempak.com/gegarvaganza

Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 akan terus digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.
Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.

Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement