Skip to main content

Hiburan

GV Fantasia: Persembahan Best! Dapat ‘Standing Ovation’, Amir Masdi Bakal Sertai Hot Seat?

GV Fantasia: Persembahan Best! Dapat ‘Standing Ovation’, Amir Masdi Bakal Sertai Hot Seat?

Sekilas

  • Amir Masdi mendapat sorakan hangat dan standing ovation daripada juri Hetty Koes Endang selepas persembahan di Gegar Vaganza Fantasia (GVF) di Auditorium MBSA Shah Alam.
  • GV Fantasia musim ini menampilkan juara dan alumni Akademi Fantasia seperti Mawi, Vince, Stacy, serta hos popular Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.
  • Program GV13 bersiaran selama 11 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim melalui Astro GO dan Sooka, dengan Celcom Digi sebagai penaja rasmi.
Advertisement

Kemunculan penyanyi, Amir Masdi di pentas Gegar Vaganza Fantasia (GVF) ternyata mendapat sorakan hangat daripada penonton di Auditorium MBSA Shah Alam.

Menyampaikan dua buah lagu iaitul Nurcinta dan Pemilik Cinta persembahan Amir berjaya membuatkan penonton terpukau.

Advertisement

Malah Amir juga mendapat ‘standing ovation’ daripada juri tetap, Hetty Koes Endang yang memuji persembahannya.

Namun, kehadiran Amir di GV Fantasia masih menimbulkan tanda tanya sama ada dia bakal menjadi salah seorang calon Hot Seat atau sekadar membuat persembahan.

Untuk rekod, Amir merupakan juara Akademi Fantasia 2016 (AF2016) yang berjaya mencuri perhatian menerusi keunikan vokal serta persembahannya.

Advertisement

Selain Amir, beberapa nama lain seperti Hazama, Akim dan Sufie Rashid turut menjadi sebutan peminat yang mula membuat spekulasi mengenai barisan bintang Hot Seat.

GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.

Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 akan terus digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.

Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.

Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement