Skip to main content

Hiburan

GV Fantasia Recap: Stacy Buat Persembahan Level Juara, Akim, Farah, Felix & Ara Isi Slot Kerusi Panas

GV Fantasia Recap: Stacy Buat Persembahan Level Juara, Akim, Farah, Felix & Ara Isi Slot Kerusi Panas

Sekilas

  • Konsert minggu kedua Gegar Vaganza Fantasia (GVF) menyaksikan (siapa) menduduki tangga pertama dengan markah (berapa) peratus dan memenangi anugerah Bintang Paling Power CelcomDigi minggu pertama.
  • Tiga peserta di kedudukan terendah minggu ini ialah Firman, Vince dan Shahir, manakala empat alumni Akademi Fantasia baru diumumkan menyertai pertandingan.
  • GVF musim ini menampilkan juara dan alumni AF dengan hos Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad, serta juri Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat, bersiaran setiap Ahad di Astro Ria.
Advertisement

Konsert minggu kedua Gegar Vaganza Fantasia (GVF) menyaksikan (siapa) berjaya menduduki tangga pertama.

Dengan peratusan markah sebanyak (berapa) peratus, (siapa) yang menyampaikan lagu (apa) itu juga diumumkan sebagai pemenang anugerah Bintang Paling Power CelcomDigi bagi minggu pertama.

Advertisement

Bagaimanapun, tiga bintang yang berada di kedudukan terendah minggu ini ialah Firman, Vince dan Shahir.

Pada minggu kedua ini juga, empat alumni Akademi Fantasia (AF) iaitu Farah AF2, Felix AF3, Akim AF7 dan Ara Johari (AF2016) telah diumumkan sebagai empat bintang yang akan mengisi kekosongan dan bakal berentap bersama-sama alumni yang lain sepanjang program berlangsung.

Berikut merupakan recap komen juri beserta markah penuh GVF minggu kedua:

1. Firman - Saksama
“Minggu lepas saya kata ada sedikit off tetapi minggu ini lebih baik. Saya rasa pemilihan lagu ini sangat sesuai dengan kamu. Walaupun lagu ini rock, nampak awak tenang fan relax cuma bila naik atas pentas saya harap awak lebihkan penggunaan dan skil bahagian abdomen perut supaya dapat bantu nyanyian kamu dengan baik. Kamu kena lebih tenang sebab nampak kamu menyanyi menggunakan bahagian kepala dan nampak tak ‘relax’,” - Datuk Syafinaz.

2.Shahir - Hidup Dalam Mati
“Saya suka pada bahagian korus sehingga ke akhir tetapi pada permulaan nyanyian awak ada sedikit kekurangan lebih-lebih pada bahagian low note awak. Jadi kamu harus belajar dan perbaiki nada rendah kamu,” Hetty Koes Endang.

Advertisement

3.Faizul - Mimpi
“Kamu dah tenang belum? Faizul, kamu kena hilangkan rasa gemuruh atas pentas sebab untuk mengganggu persembahan kamu. Masa latihan, kamu tak ada gemuruh itu dan nyanyian kamu bagus. Jangan takut buat salah dan saya nak kamu lebih enjoy menyanyi,” Datuk Ramli MS.

4.Stacy - Mewangi
“Ini barulah level juara-juara. Dari permulaan tadi saja buatkan saya terpegun. Saya sangat suka presentasi awak. Cuma penghayatan perlukan sedikit lagi sebab nampak awak terlalu pushy. Jadi dari segi teknik vokal kena perbaiki lagi and lebih tenang. Tetapi pada saya persembahan ini sangat memukau,” Datuk Syafinaz.

5.Faizal - Bahagiamu Deritaku
“Jangan sia-siakan kesempatan yang ada ini ya Faizal. Untuk persembahan malam ini, saya suka dengan vokal kamu. Cuma kenapa kamu selalu tutup mata masa menyanyi? Kalau menyanyi di radio tak apa tapi bila persembahan yang ada banyak penonton, kena banyak main mata dengan kamera dan juga penonton. Kalau malu ada gemuruh, jangan tengok mata tetapi tengok kepala penonton,” Hetty Koes Endang.

6.Zahid - Jampi
“Karakter awak sewaktu menyanyi atas pentas pada saya tak cukup, masih mendatar. Awak kena hidupkan karakter dan visual dari permulaan lagi sebab hujung-hujung baru nampak. Kena ingat bahawa awak yang menghidupkan nyanyian bukan muzik,” Datuk Ramli MS.

7.Mila Jirin - Pematah Hati
“Dalam persembahan tadi, keseluruhannya saya suka keyakinan awak. Tetapi saya perasan kelemahan awak adalah untuk menyanyi low note, boleh nampak yang awak struggle sikit waktu permulaan. Nada tinggi tak dinafikan awak bagus sebab bila masuk korus saja awak sangat hebat,” Datuk Syafinaz.

8.Vince - Hasrat
“Kamu tak sia-siakan persembahan kamu malam ini. Menurut saya, saya dapat penghayatan waktu nyanyian kamu cuma kamu perlukan lebih penghayatan pada beberapa bahagian. Tetapi, secara keseluruhannya persembahan kamu malam ini bagus,” Hetty Koes Endang

9.Mawi - Aku Yang Berdosa
“Kadang-kadang, kita tak boleh tukar seseorang artis bila ada identiti dia sendiri, tak perlu tengok muka pun tahu itu adalah awak. Cuma lepas ini kalau dapat lagu lain selepas ini, tambahkan kemerduan dan jadi diri sendiri,” Datuk Ramli MS.

Untuk info, GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.

Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.
Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.

Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement