Skip to main content

Hiburan

GV Fantasia: "Selepas Saya Menontonnya Semula, Saya Sendiri Pun…" - Vince

GV Fantasia: "Selepas Saya Menontonnya Semula, Saya Sendiri Pun…" - Vince

Sekilas

  • Vince dari Gegar Vaganza Fantasia akui akan lebih berhati-hati dengan pergerakan kaki selepas menonton semula persembahannya yang dianggap terlebih aksi.
  • Beliau berjanji akan memperbaiki persembahan untuk minggu kedua supaya lebih menghiburkan penonton.
  • Ketua juri Datuk Ramli M.S puji peningkatan persembahan Vince tetapi ingatkan supaya tidak terlalu fokus pada teknik sehingga mengabaikan kemerduan lagu.
Advertisement

Bintang Gegar Vaganza Fantasia (GVF), Vince mengakui akan lebih berhati-hati dengan pergerakan kaki ketika membuat persembahan pada minggu seterusnya selepas menyedari aksinya di atas pentas agak berlebihan.

Vince atau nama sebenarnya, Vincent Chong, berkata dia sendiri tidak menyedari perkara tersebut sehinggalah menonton semula persembahannya.

Advertisement

“Sekarang selepas saya menontonnya semula, saya sendiri pun tak sedar. Terlebih pula saya!

“Vince akan lebih teliti dengan gerak-geri kaki untuk persembahan akan datang. Tetapi, harap-harap semua terhibur. Saya akan buat lebih baik untuk minggu kedua,” tulisnya.

Sebelum ini, ketua juri GVF, Datuk Ramli M.S turut memberikan komen terhadap persembahan Vince dengan mengakui penyanyi itu banyak menggunakan elemen teknikal ketika menyampaikan lagu.

Advertisement

Menurut Ramli, persembahan lagu pertama Vince kurang menjadi, manakala lagu kedua menunjukkan sedikit peningkatan. Bagaimanapun, dia turut mengingatkan Vince supaya tidak terlalu memberi tumpuan kepada teknik sehingga mengabaikan aspek kemerduan lagu.

“Keseluruhan lagu pertama awak tak boleh pakai, lagu kedua boleh sikit, tetapi dalam itu awak letak banyak perkara teknikal. Tiba-tiba falsetto naik, tiba-tiba begitu, begini. Lagu yang susah.

“Tapi saya kena bagi ‘hands off’ dekat awak. Cuma kena hati-hati, kita tak tengok teknikal apa, kita dengar semua, sedap atau tidak,” katanya.
 

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement