Skip to main content

Hiburan

GV Fantasia: “Tahniah Farah & My Cousin, Akim Ahmad” - Fitri AF2

GV Fantasia: “Tahniah Farah & My Cousin, Akim Ahmad” - Fitri AF2

Sekilas

  • Fitri Zainal dari Akademi Fantasia 2 mengucapkan tahniah kepada Farah Diana dan sepupunya Akim Ahmad yang terpilih sebagai alumni untuk program Gegar Vaganza Fantasia (GVF).
  • Farah dan Akim diumumkan sebagai antara empat alumni AF yang mendapat undian tertinggi untuk menyertai GVF musim ini bersama Felix Agus dan Ara Johari.
  • GV13 menampilkan juara dan alumni AF dengan hos Nabil Ahmad, Jihan Muse, Sherry Alhadad serta juri Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat, disiarkan setiap Ahad di Astro Ria.
Advertisement

Alumni program Akademi Fantasia 2 (AF2), Fitri Zainal menzahirkan ucapan tahniah buat rakan perjuangannya, Farah Diana Anuar selepas penyanyi itu diumumkan sebagai salah seorang alumni yang mengisi kekosongan kerusi panas bagi program Gegar Vaganza Fantasia (GVF).

Menerusi Threads, Fitri yang memuat naik gambar bersama Farah turut menitipkan ucapan tahniah buat penyanyi yang juga sepupunya, Akim Ahmad kerana turut mengisi kekosongan tersebut.

Advertisement

“Tahniah buat Farah dan sepupuku Akim Ahmad yang still nampak handsome bro. Haha good luck untuk minggu depan,” kongsinya.

Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya tidak menyangka Fitri dan Akim merupakan sepupu.

Menjengah ke ruangan komen, Fitri tampil menjelaskan bahawa dia baru mengetahui bahawa dia dan Akim mempunyai pertalian darah sewaktu menyertai Akademi Fantasia satu ketika dahulu.

Advertisement

Pada Ahad, Farah dan Akim diumumkan sebagai salah seorang daripada empat alumni AF yang terpilih untuk menyertai GVF selepas meraih undian tertinggi daripada peminat.

Selain Farah dan Akim, dua lagi alumni yang terpilih termasuklah, Felix Agus dan Ara Johari.

Untuk info, GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.

Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.
Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.

Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka. 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement