Skip to main content

Rancangan Realiti

GV Fantasia: “Tak Sangka Sambutan Luar Biasa…” – Amir Masdi

GV Fantasia: “Tak Sangka Sambutan Luar Biasa…” – Amir Masdi

Sekilas

  • Amir Masdi berasa bangga dan gembira meraikan legasi Akademi Fantasia melalui persembahannya di minggu pertama Gegar Vaganza Fantasia (GVF).
  • Amir dan Sufi Rashid bukan peserta bertanding, tetapi hadir memeriahkan serta meraikan program realiti tersebut.
  • GV Fantasia musim ini menampilkan juara dan alumni AF dengan penonton boleh mengundi bintang pilihan mereka untuk kerusi Hot Seat GVF.
Advertisement

Penyanyi Amir Masdi meluahkan rasa gembira dan bangga dapat meraikan legasi Akademi Fantasia (AF) menerusi persembahannya pada minggu pertama Gegar Vaganza Fantasia (GVF).

Menerusi perkongsian di Threads, Amir turut menzahirkan penghargaan atas sambutan luar biasa yang diterimanya ketika menjayakan persembahan tersebut.

Advertisement

“Saya gembira dan bangga dapat meraikan legasi Akademi Fantasia malam ini. Semoga berjaya dan selamat maju jaya buat semua saudara keluarga AF saya!

“Terima kasih atas kasih sayang dan sokongan anda semua. Tak sangka sambutan tadi luar biasa,” tulisnya.

Bagaimanapun, pada penghujung rancangan, Amir dan seorang lagi penyanyi, Sufi Rashid disahkan bukan peserta yang bertanding, sebaliknya hadir bagi memeriahkan serta meraikan legasi program realiti berkenaan.

Advertisement
dfvb

Dalam pada itu, penonton boleh mengundi bintang pilihan masing-masing bagi merebut tempat menerusi kerusi Hot Seat GVF.

Barisan calon Hot Seat diperkenalkan selepas hampir kesemua naib juara dan finalis AF yang terlibat selesai membuat persembahan, sekali gus membuka peluang kepada penonton menentukan pilihan mereka.

Untuk info, GV Fantasia musim ini menghimpunkan juara serta alumni AF termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.

Program berkenaan dikendalikan trio pengacara Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad, manakala kerusi juri dibarisi Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.

CelcomDigi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.

Berlangsung selama 11 minggu, GV13 bersiaran setiap Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria, saluran 104, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.

Penonton juga boleh menyaksikan program tersebut menerusi aplikasi Astro GO dan sooka.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Must Watch Video

Advertisement