Skip to main content

Hiburan

GV Fantasia: Vince, Faizal & Shahir Nyaris Tersingkir! Stacy Unggul Di Tangga Pertama

GV Fantasia: Vince, Faizal & Shahir Nyaris Tersingkir! Stacy Unggul Di Tangga Pertama

Sekilas

  • Tiada penyingkiran diumumkan pada minggu kedua Gegar Vaganza Fantasia, memberikan nafas lega kepada Vince, Faizal dan Shahir.
  • Stacy kekal di tangga pertama dengan persembahan lagu Rampas yang mendapat pujian juri Datuk Syafinaz Selamat.
  • Empat alumni Akademi Fantasia diumumkan sebagai peserta baru, manakala GV13 bersiaran setiap Ahad di Astro Ria dengan hos Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.
Advertisement

Bintang Gegar Vaganza Fantasia (GVF), Vince, Faizal dan Shahir menarik nafas lega selepas tiada penyingkiran diumumkan pada minggu kedua. 

Keputusan itu diumumkan sewaktu segmen 'Ada Lagu Ada Lagi'. 

Advertisement

Sementara itu, Stacy berjaya meraih markah tertinggi sekali gus berjaya mengekalkan kedudukannya di tangga pertama untuk minggu kedua. 

Stacy yang menyampaikan lagu Rampas nyanyian asal Akim & The Masjitret turut meraih pujian daripada juri tetap, Datuk Syafinaz Selamat yang mengambarkan persembahan isteri Akim itu sebagai persembahan bertaraf juara sebenar. 

Dalam perkembangan sama, empat alumni Akademi Fantasia (AF)  iaitu Farah AF2, Felix AF3, Akim AF7, dan Ara Johari (AF2016) diumumkan sebabai bintang yang berjaya mengisi kekosongan dan bakal berentap bersama alumni yang lain. 

Advertisement

Untuk info, GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.

Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Manakala CelcomDigi pula merupakan penaja utama rasmi Gegar Vaganza Fantasia.

Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.

Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement