Skip to main content

Selebriti

Habiskan RM1,700 Untuk Rambut, Cik B ‘Nervous’ - Nasib Baik Mama Suka”

Habiskan RM1,700 Untuk Rambut, Cik B ‘Nervous’ - Nasib Baik Mama Suka”

Sekilas

  • Cik B berkongsi pengalaman gementar sebelum membuat perubahan warna rambut dan rawatan wajah yang menelan belanja RM1700 setiap satu.
  • Walaupun kosnya tinggi, Cik B berpendapat perbelanjaan itu berbaloi dengan hasil penampilan baru yang diperoleh.
  • Reaksi positif daripada ibunya, Datuk Seri Vida, membuatkan Cik B berasa lega dan gembira dengan perubahan tersebut.
Advertisement

Personaliti media sosial, Cik B tidak menafikan berasa gementar sebelum membuat perubahan pada bahagian rambutnya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Cik B berkongsi momen ketika mendapatkan rawatan serta mengubah gaya rambutnya.

Advertisement

Sebaik sahaja selesai, Cik B memaklumkan harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan penampilan baharunya itu.

“Nervous sebab nak warna rambut, tak warna, highlight, tukar something,

“Semalam (baru-baru ini) saya spend RM1700 dekat facial, hari ini color rambut pun semua RM1700,”ujarnya.

Bagaimanapun, Cik B menganggap perbelanjaan tersebut berbaloi selepas melihat hasil perubahan pada dirinya.

“Tapi tak apa, Cik B rasa it’s worth it,” katanya.

Dalam video yang sama, Cik B juga turut berkongsi reaksi ibunya yang juga merupakan usahawan, Datuk Seri Vida.

Cik B yang gementar pada mulanya menarik nafas lega selepas Vida memuji perubahan pada rambutnya.

“Nasib baik mama suka,” coretnya ringkas.

Sumber: TikTok @cikb_havoc

Anda mungkin berminat dengan

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Must Watch Video

Advertisement