Skip to main content

Hiburan

Hadiah Istimewa Buat Suami Tercinta, Bella Astillah Kongsi Proses Pembikinan Lagu ‘Bersama Aku Setia Selamanya’ - “Terima Kasih Hael Husaini Sebab…”

Hadiah Istimewa Buat Suami Tercinta, Bella Astillah Kongsi Proses Pembikinan Lagu ‘Bersama Aku Setia Selamanya’ - “Terima Kasih Hael Husaini Sebab…”

Sekilas

  • Bella Astillah hadiahkan lagu khas berjudul Bersama Aku Setia Selamanya untuk suaminya, Syed Saddiq, pada majlis resepsi mereka baru-baru ini.
  • Lagu tersebut dihasilkan bersama Hael Husaini yang membantu dari segi lirik dan proses rakaman, berdasarkan kisah pertemuan Bella dan Syed Saddiq.
  • Majlis resepsi pasangan ini dihadiri kira-kira 3,000 tetamu dan turut menampilkan persembahan lagu oleh Bella yang sudah dihafal oleh dua anak mereka.
Advertisement

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah menghadiahkan sebuah lagu istimewa berjudul Bersama Aku Setia Selamanya buat suaminya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada majlis resepsi mereka, baru-baru ini.

Menurut Bella, 32, lagu yang mendapat sentuhan penyanyi dan komposer Hael Husaini itu turut memuatkan kisah pertemuannya dengan Ahli Parlimen Muar berkenaan.

Katanya, meskipun dihasilkan dalam tempoh singkat, proses pembikinan lagu tersebut banyak dibantu Hael yang turut hadir sepanjang tiga sesi rakaman di studio.

“Saya gementar sangat sebab pertama kali menyanyikan lagu ini. Sebenarnya perancangan ini pun agak singkat masanya.

“Terima kasih kepada Hael Husaini sebab banyak membantu saya dari segi lirik dan lagu. Tiga kali kami pergi ke studio untuk rakaman, tiga-tiga kali juga dia turun padang. Itu sangat bermakna buat saya,” katanya.

Mengulas penghasilan lirik pula, Bella berkata, Hael memintanya berkongsi kisah pertemuan mereka untuk dijadikan panduan menghasilkan lagu berkenaan.

Ujarnya, dia memilih menaip sendiri cerita tersebut menerusi WhatsApp bagi memudahkan Hael meneliti dan mengolahnya menjadi lirik.

“Lirik itu memang daripada Hael, cuma dia minta saya hantar penceritaan bagaimana kami berjumpa.

“Memang panjang sangat Bella WhatsApp dia dan dia baca. Bukan nota suara, memang taip sebab saya rasa dengan cara itu dia lebih nampak dan boleh gunakan mana-mana bahagian untuk lirik,” jelasnya.

Bella turut memaklumkan judul Bersama Aku Setia Selamanya merupakan pilihannya sendiri dan lagu tersebut bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

Lebih manis, dua anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna sudah menghafal keseluruhan lagu tersebut sebelum dipersembahkan pada majlis resepsi.

“Memang saya cakap ini hadiah untuk YB. Sebenarnya anak-anak dah hafal lagu ini.

“Ayden dengan Ara hafal daripada awal sampai habis. Cepat mereka hafal,” ujarnya.

Sementara itu, Syed Saddiq mengakui tersentuh mendengar persembahan istimewa isterinya secara berdepan buat kali pertama.

“Cairlah, apa lagi? Sudahlah pertama kali dengar, kemudian dia menyanyi berdepan saya,” katanya berseloroh.

Untuk rekod, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah dan Syed Saddiq selamat disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur.

Majlis resepsi pasangan yang dikenali sebagai BASS itu berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dengan kehadiran kira-kira 3,000 tetamu.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

Korean Style Cargo Women Long Pants Seluar Panjang Cargo Perempuan 工装裤女

Korean Style Cargo Women Long Pants Seluar Panjang Cargo Perempuan 工装裤女

7pcs High Waist Slimming Panties - Seamless Plus Size Underwear, Seluar Dalam Wanita

7pcs High Waist Slimming Panties - Seamless Plus Size Underwear, Seluar Dalam Wanita

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

{S-XXL} Tshirt Plain/Tshirt Kosong Premium 100% Cotton 170GSM Slim Fit Unisex

{S-XXL} Tshirt Plain/Tshirt Kosong Premium 100% Cotton 170GSM Slim Fit Unisex

Must Watch Video

Advertisement