Sekilas
- Daniel Cheang bertemu Tom Holland dan Matt Damon di karpet merah filem The Odyssey sambil menghadiahkan tengkolok sebagai simbol warisan budaya Malaysia.
- Daniel menjelaskan tengkolok mewakili kedaulatan dan keberanian, sama seperti helmet Korintian dalam filem tersebut.
- Video pertemuan itu mendapat pujian netizen yang bangga melihat budaya Malaysia diperkenalkan di pentas antarabangsa.
Pengacara dan penyampai radio, Daniel Cheang sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila berpeluang bertemu dua bintang Hollywood, Tom Holland dan Matt Damon, pada acara karpet merah filem terbaharu mereka, The Odyssey.
Momen istimewa itu menjadi lebih bermakna apabila Daniel mengambil peluang memperkenalkan warisan budaya Malaysia dengan menghadiahkan tengkolok kepada kedua-dua pelakon berkenaan.
"Saya tahu helmet Korintian adalah elemen yang sangat penting untuk filem ini. Di Malaysia kami mempunyai versi kami sendiri, ia dipanggil tengkolok.
"Ia mewakili kedaulatan. Sama seperti helmet Korintian menjadi simbol keberanian, saya sebagai wakil Malaysia ingin menghadiahkan tengkolok ini kepada anda sebagai tanda penghargaan atas persembahan yang luar biasa dalam filem The Odyssey," katanya.
Perkongsian video itu meraih perhatian pengguna media sosial yang rata-ratanya meluahkan rasa bangga melihat Daniel membawa identiti Malaysia ke pentas antarabangsa.
"Love it! Way to go representing Malaysia!
"You are an icon, representing Malaysia. Excellent!
"Wow great job, Daniel! Thanks for putting Malaysia on the map in Hollywood.
"Well done bro... Tak mengecewakan!
"Wow, thank you Daniel for representing Malaysia to meet Matt Damon.
"OMG Daniel, you are so good! So proud!
"Great! It's a perfect way to promote Malaysian culture too," komen netizen.
Malah, ada juga netizen secara berseloroh mencadangkan agar Daniel dilantik sebagai duta negara kerana usahanya memperkenalkan budaya tempatan kepada bintang-bintang Hollywood.
"Datuk Seri Anwar Ibrahim please appoint the boy Ambassador," tulis netizen