Skip to main content

Hiburan

Hafeez Al-Bukhary Zulkefly Meninggal Dunia

Astrogempak HAFEEZ

Sekilas

  • Hafeez Al-Bukhary Zulkefly, personaliti media sosial dan pramugara, telah meninggal dunia pada Khamis selepas menghidap kanser kolon tahap empat.
  • Berita pemergiannya dikongsikan oleh penyanyi Zarul Umbrella di Threads dengan ucapan takziah dan doa.
  • Hafeez dikenali kerana sikap penyayangnya terhadap jemaah haji dan umrah sepanjang bertugas sebagai pramugara, yang menyentuh hati ramai rakyat Malaysia.

Personaliti media sosial dan pramugara,  Hafeez Al-Bukhary Zulkefly dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhirnya pada Khamis.

Berita sedih itu dikongsikan oleh penyanyi, Zarul Umbrella menerusi satu hantaran di Threads.

"Selamat jalan sahabat. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohmu dan menempatkanmu dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman. Al-Fatihah," tulisnya.

Terdahulu, keadaan Hafeez menjadi perhatian ramai selepas sepupunya, Hani Mishan, memaklumkan bahawa dia berada dalam keadaan kritikal.

Untuk rekod, Hafeez yang berusia 42 tahun sebelum ini mendedahkan dirinya menghidap kanser kolon tahap empat pada 27 Ogos tahun lalu.

Dalam hantaran melalui Threads pada 22 Jun lalu, Hafeez Al-Bukhary memaklumkan sedang menjalani rawatan di hospital.

Memetik laporan Berita Harian, difahamkan keadaannya pada ketika itu stabil tetapi sedikit lemah.

Hantaran terakhir Hafeez Al-Bukhary di Facebook dan Instagram pula adalah pada 22 Jun lalu.

Ketika itu, dia memuat naik hantaran dan sekeping gambar keadaannya sedang terlantar di atas katil sebuah hospital.

Allahyarham dikenali ramai dalam kalangan pengguna media sosial kerana sering berkongsi layanan penuh kasih sayang terhadap jemaah haji dan umrah sepanjang bertugas sebagai pramugara, sekali gus menyentuh hati ramai rakyat Malaysia.

Foto: Borak Dalam Galley

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement