Skip to main content

Hiburan

Hafiz Suip Kongsi Sebab Tak Dapat Sertai GV Fantasia - “Sekarang Ini Isteri Sedang…”

Hafiz Suip

Sekilas

  • Hafiz Suip menolak tawaran menyertai Gegar Vaganza Fantasia kerana isterinya kini sarat hamil tujuh bulan dan mahu beri tumpuan penuh kepada keluarga.
  • Selain faktor kehamilan, Hafiz juga menghadapi kekangan logistik kerana tinggal di Kuching sementara latihan berlangsung di Kuala Lumpur.
  • Hafiz berkongsi mereka bakal menyambut kelahiran bayi lelaki dan berharap semuanya berjalan lancar serta sihat.
Advertisement

Isteri kini sarat hamil tujuh bulan menjadi faktor utama penyanyi Hafiz Suip menolak tawaran untuk menyertai program nyanyian Gegar Vaganza (GV) Fantasia yang bakal membuka tirai pada Ahad. 

 

Advertisement

Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 34, berkata keputusan itu terpaksa diambil demi memberi tumpuan penuh kepada isterinya, Fiona Saffiyya. 

 

“Apa yang saya boleh katakan, amat menghampakan peminat di luar sana apabila saya tidak menyertai GV Fantasia. Salah satu sebab utamanya, saya tidak berani untuk memberikan komitmen separuh jalan.

Advertisement

 

“Sekarang ini isteri sedang sarat mengandung. Saya pula jenis yang kalau bekerja memang akan sentiasa memberikan 100 peratus komitmen. 

 

“Jadi saya bimbang situasi sekarang ini akan mengganggu fokus saya sekiranya bertanding,” katanya kepada Gempak. 

 

Hafiz berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran dan pengumuman calon Anugerah Bintang Popular ke-38 (ABPBH38) di Ombak KLCC pada Sabtu. 

 

Berkongsi lanjut mengenai perkembangan kehamilan isterinya, Hafiz turut berkongsi mereka bakal menyambut kelahiran bayi lelaki tidak lama lagi.

 

“Alhamdulillah, usia kandungan isteri saya sekarang sudah mencecah tujuh bulan dan jantinanya adalah lelaki.

 

“Rezeki anak lelaki lagi, tetapi apa-apa pun yang paling penting anak dalam kandungan berada dalam keadaan sihat dan urusan bersalin nanti berjalan lancar, itu sahaja harapan saya,” ujarnya.

 

Selain isteri sarat hamil, faktor logistik tempat tinggalnya di Kuching, Sarawak turut menjadi kekangan buat Hafiz. 

 

“Alhamdulillah saya memang ada dapat tawaran tetapi saya terpaksa minta maaf. Bukanlah berniat menolak rezeki, malah kawan-kawan penyanyi pun ada bertanya kenapa saya tidak sertai.

 

“Masalahnya timbul dari segi sesi latihan. Nanti peserta lain menjalani latihan di Kuala Lumpur manakala saya berada di Kuching, perkara itu akhirnya menjadi kekangan yang sangat besar buat diri saya.

 

“Satu lagi sebab adalah bapa saya. Dia sihat cuma tinggal seorang diri. Saya pernah membawa dia berpindah ke Kuala Lumpur sebelum ini, tetapi dia lebih selesa tinggal di Sarawak kerana banyak memori di sana.

 

“Bagaimanapun alhamdulillah, keadaan ayah sekarang semakin baik dan dia meluangkan masa bersama adik-beradik serta ibunya yang masih ada,” jelasnya.

 

Sebelum ini, nama Hafiz menjadi bualan kerana dijangka mengisi kekosongan kuota penyanyi pilihan untuk berentap di pentas GV Fantasia.

 

GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasiat ermasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

Must Watch Video

Advertisement