Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Haidar Hasanudin Dedah Nama Asal Watak Dalam ‘Cinta Dalam Sekam’ Bukan Shafiq Tapi…

Haidar Hasanudin

Sekilas

  • Pelakon Haidar Hasanudin mendedahkan nama asal wataknya dalam drama Cinta Dalam Sekam adalah Haidar Zulkarnain sebelum ditukar kepada Shafiq oleh pihak produksi.
  • Keputusan menukar nama watak dibuat kerana watak tersebut dianggap terlalu berat dan Haidar risau sukar untuk melepaskannya.
  • Haidar juga berkongsi rasa terima kasih kepada penulis drama, Eenaz Mokhtar, yang memberi peluang memegang watak tersebut.
Advertisement

Pelakon Haidar Hasanudin mendedahkan nama asal wataknya dalam Cinta Dalam Sekam adalah Haidar Zulkarnain namun pihak produksi mengambil keputusan untuk menukar kepada Shafiq.

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di Threads, Haidar berkata keputusan itu dibuat kerana bimbang watak tersebut terlalu berat dan dirinya sukar untuk ditinggalkan. 

 

“Masa dapat skrip, nama asal Shafiq adalah Haidar Zulkarnain. Tapi produksi ambil keputusan untuk tukar kepada Shafiq sebab watak ni terlalu berat, takut susah aku nak tinggalkan nanti,” katanya. 

 

Pada perkongsian yang sama, Haidar turut berkongsi paparan skrin mesej dia meluahkan rasa kebimbangan mengenai watak tersebut kepada penulis drama Cinta Dalam Sekam iaitu Eenaz Mokhtar.  

Advertisement

 

“Dan masa script reading pun aku sempat cakap dekat kak Eenaz, ‘berat shafiq ni kak’. Dan sampailah masa tengah shoot pun aku masih text kak Eenaz.

 

“Sebab masa tu aku rasa kak Eenaz saja yang boleh faham mcmana aku rasa masa tu,” katanya. 

 

Dalam pada itu, Haidar turut mengucapkan terima kasih kepada Eenaz yang memberi peluang kepadannya untuk memegang watak sebagai Shafiq. 

 

“Nasib baik Shafiq tukar nama ke Imran pula 😝 Terima kasih untuk ‘Shafiq’, kak Eenaz. 

@eenazmokhtar,” kongsinya lagi.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Must Watch Video

Advertisement