Sekilas
- Cef Piza dan usahawan Jofliam menegur pihak yang menggunakan kisah peribadi mereka untuk raih perhatian di media sosial.
- Jofliam mengaku pernah hanyut melayan komen netizen sehingga terjebak dalam perbincangan tidak berkesudahan.
- Dia mengingatkan diri supaya fokus pada perkara penting dan gunakan media sosial untuk menyebarkan perkara positif sahaja.
Cef Piza dan usahawan sensasi, Jofliam menegur tindakan segelintir pihak yang didakwa menggunakan kisah peribadinya sebagai bahan untuk meraih perhatian serta meningkatkan ‘engagement’ di media sosial.
Menerusi satu hantaran di Threads, Jofliam mengakui dia sendiri pernah terbawa-bawa melayan komen dan membalas reaksi daripada netizen sehingga hanyut dalam perbincangan yang tidak berkesudahan.
“Senang betul buat engagement ragebait. Kadang-kadang hairan kenapa orang suka buat ragebait tambah-tambah melibatkan saya.
“Rupa-rupanya sekali engagement, boleh hanyut layan reply boom. Saya pun hanyut sekali,” kongsinya.
Dalam masa sama, Jofliam turut mengingatkan dirinya agar tidak terus terikut dengan perkara yang boleh mengalih fokus daripada perkara lebih penting.
“Dah-dah fokus Jo. Yang terkurang terlebih reply, anggap kita bergurau canda sahaja. Kita guna medium untuk sampai kan yang positif.
“Berikan fokus pada yang patut sahaja. Come on you can do it Jo!” tegasnya.
Sumber - Threads