Skip to main content

Selebriti

Hairan Nama Dipetik Netizen, Nafiez Zaidi Mohon Semak Fakta Sebelum Tuduh - “Meriah Betul Eh, Check Balik Timeline Guys, Letih Lah”

Nafiez pelik nama kena petik

Sekilas

  • Pelakon Nafiez Zaidi meluahkan rasa hairan apabila namanya dikaitkan netizen berhubung isu kecurangan teman lelaki selebriti wanita.
  • Nafiez menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat tuduhan melulu dan menyemak fakta sebelum membuat andaian.
  • Beberapa selebriti lain turut memberi reaksi. 
Advertisement

Pelakon, Nafiez Zaidi meluahkan rasa hairan apabila namanya tiba-tiba dikaitkan oleh netizen susulan pendedahan seorang selebriti wanita didakwa menjadi mangsa kecurangan teman lelakinya.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, Nafiez tampil memberikan reaksi selepas mendapati ramai pengguna media sosial menandai (tag) namanya dalam pelbagai perbincangan berkaitan isu tersebut.

Advertisement

Menurut Nafiez, orang ramai tidak seharunya membuat tuduhan melulu dan sebaiknya menyemak semula fakta sesuatu perkara sebelum membuat sebarang andaian kepada individu tertentu.

“Meriah bethol eh hari ini. Rmai dok tag mention aku semua tempat. Check balik timeline gais. Letih lah,” coretnya ringkas.

Respon Nafiez itu sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengikutnya yang turut meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi tanpa bukti yang jelas.

Advertisement

Malah ada antara kalangan selebriti juga turut memberikan respon sama ada bertulis atau pun emoji lucu seperti Ezzanie Jasny dan Zara Zya.

Untuk info, sebelum ini Nafiez pernah menjalinkan hubungan cinta bersama pelakon, Fify Azmi.

Hubungan tersebut mula diketahui umum sekitar Disember 2021 dan keluarga pelakon itu sudah menghantar rombongan merisik pada Jun 2022.

Namun, hubungan Nafiez dan Fify mula renggang dan menemui titik noktah sekitar Hari Raya Aidilfitri pada 2023.

Anda mungkin berminat dengan

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Must Watch Video

Advertisement