Skip to main content

Hiburan

Hairul Azreen Tak Sangka Hong Beom Seok Terima Lamaran Bergandingan Di Hyrox - “Kami Berjaya…”

Hairul Azreen Tak Sangka Hong Beom Seok Terima Lamaran Bergandingan Di Hyrox - “Kami Berjaya…”

Sekilas

  • Hairul Azreen akhirnya berjaya bergandingan dengan personaliti Korea Selatan, Hong Beom Seok, sebagai duta MagneSleep di Bangkok.
  • Hairul memilih Hong Beom Seok kerana minatnya terhadap program Physical: 100 dan latar belakang Hong sebagai anggota pasukan khas.
  • Dalam perlumbaan Hyrox ketiganya, Hairul berjaya memperbaiki pencapaian dengan mendapat tempat ke-60, dibantu dorongan semangat daripada Hong Beom Seok.
Advertisement

Bekas pelakon, Hairul Azreen mengakui tidak menyangka hasratnya untuk bergandingan dengan personaliti Korea Selatan, Hong Beom Seok untuk sukan Hyrox akhirnya menjadi kenyataan.

Hairul berkata, dia sendiri pernah menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan Hong Beom Seok dan terkejut apabila peserta Physical 100 itu terus memberikan persetujuan.

Advertisement

“Bagaimana kami berdua boleh bergandingan adalah kerana kami menjadi duta untuk MagneSleep.

“Saya beritahu kepadanya yang saya berharap suatu hari nanti dapat bergandingan dengannya dan dia terus bersetuju. Dia kemudian bertanya di lokasi mana kami mahu bergandingan dan akhirnya di sinilah kami, di Bangkok,” katanya.

Menurut Hairul, Hong Beom Seok sememangnya menjadi individu yang ingin dipilihnya untuk kempen tersebut kerana dia merupakan peminat personaliti berkenaan sejak mengikuti program Physical: 100.

Malah, latar belakang Hong Beom Seok sebagai anggota pasukan khas turut membuatkan Hairul semakin tertarik untuk bekerjasama dengannya.

“Kenapa saya pilih dia sebab saya memang peminat dia sejak program Physical: 100 dan dia juga merupakan anggota pasukan khas.

“Saya bukan anggota pasukan khas, tetapi saya merupakan pelakon filem Paskal, jadi saya memang minat dengan dunia pasukan khas.

“Jadi, saya beritahu kepada pasukan saya yang saya mahukan dia untuk menjadi duta MagneSleep kerana dia berlatih setiap hari dan saya perlukan seorang figura yang kuat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hairul turut berkongsi pengalaman menyertai perlumbaan bersama Hong Beom Seok dan mengakui lelaki tersebut banyak memberikan dorongan kepadanya ketika perlumbaan berlangsung.

Hairul berkata, penyertaan kali ini merupakan perlumbaan ketiganya dan dia berjaya memperbaiki pencapaian berbanding dua perlumbaan terdahulu.

“Kami berjaya mendapat tempat ke-60. Ini perlumbaan saya yang ketiga. Dalam perlumbaan pertama, saya mendapat tempat ke-107, manakala yang kedua saya mendapat tempat ke-114.

“Semasa perlumbaan, saya sudah mula penat, jadi Hong Beom Seok banyak memberikan dorongan kepada saya.

“Bila saya sudah mula berjalan, dia yang mendorong saya untuk teruskan,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement